Raggie Jessy Rithaudeen
1. Tindakan Pejabat Peguam Negara meminta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan daripada 47 pertuduhan jenayah di peringkat akhir pembelaan cukup luar tabii, janggal dan pelik.
2. Mahkamah sudah pun memutuskan bahawa wujud kes prima facie dan meminta Zahid membela diri.
3. Ini bermakna, Mahkamah mendapati wujud bukti dan asas kukuh kepada kes pendakwaan bahawa Zahid telah melakukan jenayah.
KLIK DI SINI UNTUK PENJELASAN LANJUT
4. Namun, pada 7 Ogos 2023, rakyat dikejutkan dengan berita bahawa Ketua pasukan pendakwaan, Raja Rozela, dikeluarkan daripada mengendalikan kes Zahid.
5. Kemudian, semalam, ketua baharu pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, memohon agar Zahid dilepaskan berdasarkan keputusan yang dicapai oleh Peguam Negara.
6. Oleh kerana pihak pendakwaan sendiri memohon agar Zahid dilepaskan, adalah disyaki bahawa kerajaan terlibat dalam pelepasan ini, kerana pihak pendakwaan dipercayai bertindak buat kerajaan
7. Tindakan ini dikutuk oleh majoriti netizen (Melayu, Cina dan India), peguam, aktivis dan NGO, termasuk mereka yang cenderung ke arah PH
8. Sudah pasti ianya menjejaskan peluang PH di PRK Pulai dan Simpang Jeram, memandangkan PN ada empat hari lagi untuk berkempen dan memainkan isu ini.
9. Ini menimbulkan persepsi ada udang di sebalik batu, seolah-olah Datuk Seri Anwar Ibrahim terdesak dan ‘terpaksa’ bersetuju dengan tindakan melepaskan Zahid.
10. Adakah Zahid memberi kata dua kepada Anwar dalam pada Peguam Negara sedang bercuti dan Anwar terdesak menjelang PRK Pulai?
11. Bayangkan, jika Zahid tiba-tiba menarik sokongan terhadap Anwar atas alasan “DAP ingin meneruskan agenda sekularisme dan agenda Malaysian Malaysia,” tidak mustahil kerajaan pusat tumbang sebelum sempat PRK Pulai jika Sabah dan Sarawak turut serta tarik sokongan
12. Tidak mustahil juga Zahid mendapat maklum sebilangan besar ahli parlimen Barisan Nasional akan samada menarik sokongan terhadap Anwar atau mengosongkan kerusi di Dewan Rakyat.
13. Dalam senario ini, Zahid mungkin terdesak dilepaskan sekarang sebelum kerajaan pimpinan Anwar tumbang.
14. Amat pelik bila keputusan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara untuk melepaskan Zahid dalam pada Peguam Negara sedang bercuti dan hanya dua hari sebelum Peguam Negara baharu masuk pejabat.
15. Jika keputusan untuk melepaskan Zahid benar-benar dibuat oleh Peguam Negara yang sedia ada, kenapakah ianya dilaksanakan pada ketika Peguam Negara bercuti?
KLIK DI SINI UNTUK PENJELASAN LANJUT
