Pelawa PAS masuk kerajaan – PMX tidak yakin ada majoriti?

TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI

Raggie Jessy Rithaudeen

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pembabitan kerajaan bersama PAS adalah sesuatu yang ‘mesti’ dilakukan memberi dua gambaran:

1.     Anwar tidak yakin bahawa beliau masih memiliki sokongan majoriti, dan




2.     Anwar takut dengan bayang-bayang sendiri

Selama ini, pemimpin kerajaan menyerang PAS bertubi-tubi dan menimbulkan persepsi palsu kononnya PAS memainkan sentimen agama semata-mata untuk mengaut sokongan pengundi Melayu-Islam.

Malah, Saifuddin Nasution menyerang secara berlebihan keperibadian panglima perang PAS, Muhammad Sanusi Md Nor, dan ini dilihat antara punca mengapa Pakatan Harapan dan Barisan Nasional gagal menawan Kedah selepas hanya memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri.

Namun, secara tiba-tiba, PAS yang selama ini digambarkan kepada bukan Muslim sebagai parti ‘ekstrimis’ dan ‘bermasalah’ dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan, dan yang paling pelik, veteran DAP Lim Kit Siang turut ‘merestui’ cadangan ini.

Saya mengesyaki bahawa semua ini permainan licik untuk mendapatkan reaksi ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak atas kebimbangan bahawa Anwar pada bila-bila masa boleh hilang majoriti dan…

TONTON PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...