PELANTIKAN PERDANA MENTERI: PERTEMUAN KHAS RAJA-RAJA MELAYU JUMAAT INI

Pada 16 Jun lalu, sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu diadakan atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong dan dipengerusikan baginda di Istana Negara. Sumber (gambar): Fail TTF

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu Jumaat ini bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan. 

Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, kepada BH hari ini. 

Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemimpin parti politik termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang turut hadir menghadap Seri Paduka, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu Jumaat ini bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan.

Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, kepada BH hari ini.




Beliau berkata, Istana Negara juga akan mengeluarkan kenyataan itu dalam masa terdekat hari ini.

“Benar, hari ini akan keluarkan kenyataan selepas jam 12 tengah hari, Insya-Allah,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemimpin parti politik termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang turut hadir menghadap Seri Paduka, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Antara titah baginda adalah supaya semua parti politik bersatu menghadapi COVID-19 dan juga masalah ekonomi.

Pada 28 Februari tahun lalu, satu mesyuarat khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara bagi membincangkan perkembangan politik semasa susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa berikutan BERSATU keluar daripada PH.

Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh serta Pengerusi BERSATU dan beberapa jam kemudian Yang di-Pertuan Agong melantiknya sebagai Perdana Menteri interim.

Loading...

Sementara itu, pada 16 Jun lalu, sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu diadakan atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong dan dipengerusikan baginda di Istana Negara.

Perbincangan berkisar dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya ketika tempoh darurat.

Sumber:

WAJIB BACA:

This is how Muhyiddin checkmated himself and the reason he has no choice but to tender his resignation today



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...