Pelantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan ketika menghadapi tuduhan Mahkamah macam mana?

Muhyiddin harus duduk berbincang dengan pemimpin utama semua parti komponen Perikatan Nasonal untuk membentuk satu “kerangka garis panduan” yang mampu menetapkan prinsip-prinsip kepimpinan yang bakal dituruti kerajaan kini. Sumber (gambar):Fail  TTF

ڤلنتيكن ليم ڬوان اڠ سباڬاي منتري كواڠن كتيك مڠهادڤي تودوهن محكمه ماچم مان؟

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad perlu ingat, pelantikan seorang yang menghadapi kes mahkamah tidak semestinya menjurus kepada kehilangan sokongan dari kalangan ahli-ahli parlimen.

Ini kerana ahli-ahli parlimen yang pilih untuk menyertai Perikatan Nasional melakukan demikian biarpun tahu Zahid mungkin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Abdul Hamid cuma perlu imbas kembali sokongan yang diperolehi oleh Lim Guan Eng dari kalangan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan ketika beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Saya tidak menimbulkan isu ini sebagai menyokong ataupun membangkang pelantikan mana-mana pihak, tetapi untuk memperbetulkan persepsi yang ditimbulkan oleh Abdul Hamid.


SUBANG JAYA: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad semalam menegaskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kalah undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya beliau melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam Kabinet.

Menurut laporan, Abdul Hamid mengugut akah secara terbuka menarik balik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dan mengambil pendirian berkecuali.




Abdul Hamid memberi alasan pelantikan Zahid akan menjadi modal utama kepada Pakatan Harapan (PH) menyerang Perikatan Nasional dengan mendakwa kerajaan baharu sebagai korup.

“Isu yang paling utama ialah adanya UMNO dalam kerajaan itu. PH tahu tanpa UMNO, kerajaan itu akan tumbang.

“Maka, sebelum dilakukan undi tidak percaya, pemimpin parti-parti komponen Perikatan Nasional perlulah bermesyuarat, mengambil pendirian, mengeluarkan kenyataan dan melakukan apa yang sempat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saya sebenarnya tidak menafikan perlunya pertimbangan teliti oleh Muhyiddin apabila melantik seorang yang mempunyai kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri atau mana-mana jawatan kerajaan yang lain.

Tetapi Abdul Hamid perlu ingat, ketika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan biarpun berhadapan dengan kes Mahkamah melibatkan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Saya mengaku, perkara ini tidak boleh dijadikan alasan oleh Muhyiddin apabila mempertimbangkan Zahid (atau mana-mana pemimpin lain yang menghadapi kes Mahkamah) sebagai timbalannya, kerana sesungguhnya, adalah salah bagi seorang Perdana Menteri untuk merujuk kepada ‘kontroversi’ kerajaan lepas untuk mempertahankan keputusannya kini.

Malah, Muhyiddin harus duduk berbincang dengan pemimpin utama semua parti komponen Perikatan Nasonal untuk membentuk satu “kerangka garis panduan” yang mampu menetapkan prinsip-prinsip kepimpinan yang bakal dituruti kerajaan kini.

Loading...

Tetapi Abdul Hamid perlu ingat, pelantikan seorang yang menghadapi kes mahkamah tidak semestinya ‘salah’ atau menjurus kepada kehilangan sokongan dari kalangan ahli-ahli parlimen.

Ini kerana ahli-ahli parlimen yang pilih untuk menyertai Perikatan Nasional melakukan demikian biarpun tahu Zahid mungkin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Abdul Hamid cuma perlu imbas kembali sokongan yang diperolehi oleh Lim Guan Eng dari kalangan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan ketika beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Saya tidak menimbulkan isu ini sebagai menyokong ataupun membangkang pelantikan mana-mana pihak, tetapi untuk memperbetulkan persepsi yang ditimbulkan oleh Abdul Hamid.

RJ RITHAUDEEN

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...