
Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam kelihatan begitu tertekan dan kurang bersemangat apabila menjawab soalan wartawan berkenaan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu.
Terdapat ura-ura menyatakan pelantikan ketua SPRM yang baharu adalah bagi membolehkan Mahathir mencantas Anwar.
Hakikatnya, Mahathir sudahpun mempunyai bukti yang cukup kuat untuk berbuat demikian dan tidak perlu menerusi SPRM bagi meletakan titik noktah pada karier politik Anwar buat selama-lamanya.
SUBANG JAYA: Dato’ Seri Anwar Ibrahim semalam kelihatan begitu tertekan dan kurang bersemangat apabila menjawab soalan wartawan berkenaan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu.
Anwar, yang sebelum ini berulang kali menyuarakan keyakinan beliau bahawa Mahathir akan memberi laluan kepadanya untuk mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan, menekankan perlunya Pakatan Harapan memenuhi semua janji sepertimana ianya terkandung dalam manifesto gabungan tersebut.
“Perdana Menteri sudah melantik (Latheefa) selain menjelaskan ia tidak diumumkan dalam Kabinet atau Majlis Presiden PH dan kita mengalami kesukaran untuk menjelaskan isu ini kerana PH telah memberi komitmen untuk memenuhi semua janji dalam manifesto.
“Kita akan pertimbangkan semua pandangan atau bantahan dikemukakan semua pihak kerana ini adalah janji kita. Kita tak boleh mempamerkan PH seolah-olah cuba untuk tak tunaikan janji manifesto, selain menyokong atau bantah secara melulu juga tidak wajar.
“Bagaimanapun, ia perlu dibincang menerusi saluran betul iaitu dalam Kabinet atau Majlis Presiden PH, selain perlu beri perdana menteri ruang secukupnya. Saya tidak akan membuat kesimpulan selagi tidak mendengar penjelasan beliau (Dr Mahathir),” katanya.
Manifesto Pakatan Harapan jelas melarang mana-mana lantikan politik.
Biarpun begitu, pada 30 hb Jun 2018, Mahathir melantik dirinya sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad walaupun tahu lantikan tersebut melanggar janji manifesto.
Lantikan Latheefa pula bukan hanya bersifat politik, ianya turut dikatakan bertentangan dengan Akta SPRM 2009 yang antaranya menyatakan pelantikan perlu dibuat dalam kalangan penjawat awam.
PH turut berjanji bahawa segala pelantikan penting melibatkan agensi kerajaan akan dirujuk kepada jawatankuasa parliemen bagi memastikan lantikan tersebut tidak bersifat unilateral sepertimana yang berlaku dalam kes pelantikan Latheefa.
Pelantikan tersebut jelas merupakan isyarat Mahathir kepada Anwar dan Lim Kit Siang bahawa masanya sudah tiba bagi memutuskan siapa yang lebih berkuasa.
Sebelum ini, Anwar telahpun memulakan serangan ‘halus’ terhadap Mahathir apabila tidak bersetuju dengan cadangan agar menteri-menteri dan ahli-ahli politik yang berjawatan dibenarkan berkempen pada waktu pejabat.
Mahathir pula sentiasa berdolak-dalik soal tempoh sebenar beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri biarpun bersetuju sebelum pilihanraya umum ke-14 bahawa beliau akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar selepas dua tahun.
Apapun, terdapat ura-ura menyatakan pelantikan ketua SPRM yang baharu adalah bagi membolehkan Mahathir mencantas Anwar.
Hakikatnya, Mahathir sudahpun mempunyai bukti yang cukup kuat untuk berbuat demikian dan tidak perlu menerusi SPRM bagi meletakan titik noktah pada karier politik Anwar buat selama-lamanya.
Ini memandangkan bukti tersebut tidak melibatkan rasuah ataupun mana-mana kesalahan yang tertakluk pada bidang kuasa SPRM dan hanya relevan kepada pihak polis.
Ketika ini sahaja, Mahathir sudahpun mempunyai orang-orangnya di tampuk kepimpinan kedua-dua PDRM dan badan kehakiman dan hanya perlu menggantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara sebelum bertindak mengepung Anwar.
Thomas dijangka akan digantikan dengan seorang peguam kenalan rapat Mahathir yang turut akan bertindak memanjangkan kes melibatkan seorang menteri kanan ke Mahkhamah jika pihak SPRM berjaya mengumpulkan bukti yang cukup terhadap menteri tersebut.
Walaubagaimanapun, TTF dimaklumkan bahawa menteri tersebut akan diberikan kata dua samada menurut tuntutan Mahathir ataupun dihadapkan ke Mahkhamah atas lima hingga enam pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa melibatkan dana ratusan juta ringgit.
THE THIRD FORCE
