
“Pelantikan Ismail Sabri berlaku hanya beberapa jam sebelum mesyuarat, dan kegagalan MKT membincangkannya bercanggah dengan keputusan MKT untuk menarik sokongan UMNO terhadap Muhyiddin. Ini kerana, sesiapa sahaja yang bersetuju menjadi timbalan Muhyiddin bersetuju untuk membantu dan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤلنتيكن اسماعيل صبري: اڤ يڠ زاهيد چوبا رهسياكن
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Satu perkara yang menarik perhatian saya susulan mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO Rabu lalu ialah kegagalan MKT memutuskan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Selepas mesyuarat itu, presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan keputusan UMNO untuk menarik sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta merta.
Memandangkan MKT merupakan badan pembuat dasar parti, setiap seorang yang bergelar ahli parlimen UMNO wajib mematuhi keputusan MKT dan boleh dianggap telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Persoalannya, kenapakah Zahid berdiam diri sedangkan Ismail Sabri masih belum bertindak menolak jawatan Timbalan Perdana Menteri?
Lebih penting lagi, kenapakah pelantikan Ismail Sabri tidak diputuskan dalam mesyuarat MKT?
Pelantikan ini berlaku hanya beberapa jam sebelum mesyuarat MKT, dan kegagalan MKT membincangkannya bercanggah dengan keputusan parti untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
Ini kerana, sesiapa sahaja yang bersetuju menjadi timbalan Muhyiddin bersetuju untuk membantu dan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Bukankah ini membawa maksud yang sama dengan “menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri?”
Apakah Zahid terlepas pandang perkara ini, atau adakah Zahid bersekongkol dengan Ismail Sabri untuk memperdaya akar umbi UMNO?
Hari ini, Datuk Puad Zakarshi menggesa agar jawatan “duta khas bertaraf menteri” yang diberikan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Tiong King Sing ditarik balik bagi mengurangkan pembaziran.
Saya bersetuju dengan cadangan ini, kerana kerajaan seharusnya memberi tumpuan kepada permasalahan rakyat ketika pandemik Covid-19 dan menarik balik jawatan daripada mereka yang gagal berfungsi atau tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat.
Persoalannya, kenapakah Puad tidak mempersoalkan pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang turut merupakan pembaziran buat masa ini dan ‘kenyataan sokongan’ terhadap Muhyiddin?
Atau adakah pembaziran ini ‘dihalalkan’ kerana Ismail Sabri diarahkan untuk meregangkan hubungan antara Muhyiddin dan Datuk Seri Azmin Ali?
WAJIB BACA:
