Khairuddin Abu Hassan
ڤجوڠ ولايه ڤرسكوتوان، ڤڠامال ڤروبتن اكن برجومڤا كالڠن انتي ۏكسين
Pihak kerajaan tidak harus mengambil pendekatan terlalu ‘rigid’ dalam menangani golongan penjawat awam yang anti vaksin.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2021 mengenai Dasar Pelaksanaan Imunisasi Covid-19 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan agak keras dan terlalu ‘rigid.’
PEJUANG Wilayah Persekutuan berpendapat kita harus terus memberi penerangan serta memujuk golongan anti vaksin secara berterusan, sistematik dan menyeluruh.
Jangan kita cepat putus asa dengan golongan anti vaksin dan terus hendak menghukum mereka.
Kalangan ini mesti diberi kefahaman secara lebih mendalam untuk justifikasi kepentingan mengambil vaksin demi kepentingan menjaga keadaan kesihatan diri sendiri mahupun orang ramai.
Pengamal perubatan yang menjadi ahli PEJUANG Wilayah Persekutuan akan menggerakkan inisiatif untuk menembusi golongan anti vaksin seterusnya memberi kefahaman mengenai kepentingan mengambil vaksin covid-19.
Dalam masa yang sama sepertimana yang tercatit dalam Pekeliling Perkhidmatan kakitangan kerajaan yang menyatakan secara jelas bahawa mana-mana penjawat awam yang tidak mahu divaksinkan kemungkinannya akan diambil tindakan disiplin ataupun ditamatkan perkhidmatan.
Adakah ini hanya jalan penyelesaiannya dan apakah pula dari segi implikasi undang-undang yang selaras dengan doktrin ‘human rights’ sekiranya tindakan ‘rigid’ seperti ini diambil terhadap mereka?!
Dalam isu ini PEJUANG Wilayah Persekutuan ingin ambil pendekatan jalan tengah untuk terus berjumpa dengan golongan anti vaksin kearah memberi kefahaman yang berterusan mengenai kepentingan vaksinasi ini.
Kadang kala penerangan yang mendalam dan kaedah pujuk rayu agak berkesan untuk kita mencapai matlamat menggalakkan semua pihak menyahut seruan vaksinasi diri demi kebaikan mahupun keselamatan keseluruhan rakyat Malaysia.
WAJIB BACA:
