
ڤجابت ڤردان منتري: ءلاڤورنء نجيب دلانتيق ڤنصيحة ايكونومي بريتا ڤلسو
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dilaporkan menafikan kesahihan artikel bertajuk “Najib sebagai penasihat Ekonomi, Bukan Menteri Kewangan atau Perdana Menteri” seperti yang tular di media sosial.
Menurut PMO, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti dinyatakan dalam artikel tersebut.
Semakan TTF mendapati artikel berkenaan muncul dalam portal “Kuala Lumpur Viral” dengan tajuk yang dinyatakan.
Walaubagaimanapun, isi kandungan artikel berkenaan tidak pernah mencadangkan PMO mengeluarkan kenyataan bahawa Najib telah atau mungkin akan dilantik ataupun layak dipertimbangkan sebagai penasihat ekonomi.
PETALING JAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) dilaporkan menafikan kesahihan artikel bertajuk “Najib sebagai penasihat Ekonomi, Bukan Menteri Kewangan atau Perdana Menteri” seperti yang tular di media sosial.
Menurut PMO, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti dinyatakan dalam artikel tersebut.
Semakan TTF mendapati artikel berkenaan muncul dalam portal “Kuala Lumpur Viral” dengan tajuk yang dinyatakan.
Walaubagaimanapun, isi kandungan artikel berkenaan tidak pernah mencadangkan PMO mengeluarkan kenyataan bahawa Najib telah atau mungkin akan dilantik ataupun layak dipertimbangkan sebagai penasihat ekonomi.
“Artikel tersebut hanya merujik kepada kenyataan beberapa pihak sejak kebelakangan ini yang meminta atau menggesa kerajaan baru melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai seseorang yang bertanggungjawab dalam membantu memulihkan ekonomi Malaysia.
“Gesaan ini atau pemintaan ini bukanlah menunjukkan kerajaan pada hari ini tidak mampu atau tidak cukup kuat mentadbir dan memulihkan ekonomi negara, tetapi ia adalah bertujuan bagi mendapatkan khidmat kepakaran Najib dalam bidang eknomi.
“Najib dikatakan mempunyai pengalaman yang baik dalam menguruskan ekonomi negara sehingga membantu meningkatan taraf ekonomi Malaysia pada suatu ketika dahulu.
“Ekonomi Malaysia dikatakan menjadi kurang baik sejak peralihan kuasa berlaku iaitu daripada kerajaan BN kepada Pakatan Harapan. Selepas itu ditambah pula dengan penularan CoV-19, ekonomi semakin buruk buat Malaysia,” katanya.
Penulis kemudian mencadangkan agar kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Najib sebagai Penasihat Kerajaan dalam bidang ekonomi.
PMO dilihat terkesan dengan cadangan ini sehingga melabelkannya berita palsu.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
