
ڤڬوام روسمه تولق تودوهن روسمه تريما رنتاي برلين ميره جمبو
Peguam Rosmah Mansor menolak tuduhan bahawa isteri bekas perdana menteri itu kononnya menerima rantai berlian merah jambu daripada Low Taek Jho atau Jho Low.
Geethan Ram Vincent, Reza Rahim dan Rajivan Nambiar berkata, rantai terbabit tidak ditemui dalam milikan Rosmah walaupun selepas beberapa serbuan dilakukan oleh polis susulan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN), pada 2018.
Mahkamah diberitahu bahawa Jho Low menghubungi tukang emas di New York, Lorraine Schwartz, pada sekitar 2013, dengan memintanya menghasilkan rantai berlian merah jambu berbentuk jantung di tengahnya untuk Rosmah.
Schwartz berkata, beliau secara peribadi menghantar rantai itu kepada Rosmah ketika isteri bekas perdana menteri itu berada dalam sebuah kapal layar bersama Jho Low di luar pantai Monaco.
KUALA LUMPUR: Peguam Rosmah Mansor menolak tuduhan bahawa isteri bekas perdana menteri itu kononnya menerima rantai berlian merah jambu daripada Low Taek Jho atau Jho Low.
Geethan Ram Vincent, Reza Rahim dan Rajivan Nambiar berkata, rantai terbabit tidak ditemui dalam milikan Rosmah walaupun selepas beberapa serbuan dilakukan oleh polis susulan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN), pada 2018.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Sepanjang masa, anak guam kami dan suaminya (Najib Razak) hanya mengetahui bahawa putera (Sheikh Mansour Zayed) UAE (Emiriah Arab Bersatu) mahu memberikan rantai berlian merah jambu kepadanya.
TONTON: PERCUBAAN PERTAMA KLUSTER MAHKAMAH GAGAL
“Beliau dan suaminya tidak pernah sekali pun menuntut, meminta atau berniat untuk membeli rantai berlian merah jambu,” kata peguam berkenaan dalam kenyataan, hari ini.
Mereka berkata, Rosmah tidak mempunyai pengetahuan berhubung pengeluaran invois yang ditunjukkan kepada juri dalam perbicaraan di New York membabitkan bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs Inc, Roger Ng, pada Rabu.
Ng, satu-satunya jurubank Goldman berdepan perbicaraan membabitkan skandal itu dan didakwa bersubahat bersama bekas bosnya, Tim Leissner, membantu Jho Low menggelapkan berbilion dollar wang membabitkan urus niaga tiga bon yang dikendalikan oleh bank itu bagi pihak 1MDB.
Mahkamah diberitahu bahawa Jho Low menghubungi tukang emas di New York, Lorraine Schwartz, pada sekitar 2013, dengan memintanya menghasilkan rantai berlian merah jambu berbentuk jantung di tengahnya untuk Rosmah.
Schwartz berkata, beliau secara peribadi menghantar rantai itu kepada Rosmah ketika isteri bekas perdana menteri itu berada dalam sebuah kapal layar bersama Jho Low di luar pantai Monaco.
“Dalam apa jua keadaan, anak guam kami mengambil pendirian bahawa pengeluaran invois itu sendiri tidak memberi sebarang bentuk bukti muktamad yang mengaitkan anak guam kami dengan pembelian rantai berlian merah jambu.
“Beliau menegaskan isu berkenaan disensasikan dan disifatkan sebagai perbuatan keji untuk memfitnah dirinya termasuk suaminya secara politik,” kata peguam berkenaan.
Sumber:
WAJIB BACA:
RUU Anti Lompat tak boleh halang kerjaan tumbang, tak boleh tarik pengundi
