PEGUAM NEGARA WAJIB DEDAH TERMA PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH ANTARA APANDI ALI DAN KERAJAAN

Haniff Khatri

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :




1. Pada 14.10.2020 BH ONLINE bertajuk “Apandi saman Tun M, kerajaan RM2.2 juta” melaporkan :

“Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan saman menuntut ganti rugi RM2.2 juta terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kerajaan Malaysia, dan memohon mahkamah mengisytiharkan pemecatan beliau sebagai Peguam Negara (AG) oleh bekas perdana menteri itu, adalah tidak sah.”

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/…/apandi-saman-tun-m…)

2. Pada 13.04.2022 pula BH ONLINE bertajuk “Saman Apandi terhadap Tun M diselesaikan secara baik” melaporkan :

“Kes saman yang difailkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kerajaan Malaysia berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara, diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.

Peguam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu, yang mewakili Mohamed Apandi selaku plaintif, dalam saman itu, bagaimanapun berkata terma-terma penyelesaian tidak boleh didedahkan.

“Atas dasar tanpa prasangka, pihak kerajaan bersetuju menyelesaikan kes ini tanpa sebarang pengakuan liabiliti. Kes saman itu dibatalkan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dan tanpa perintah untuk kos,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas prosiding kes di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir menerusi sidang video, hari ini.

Loading...

Prosiding itu turut disertai dua lagi peguam Mohamed Apandi iaitu Datuk Dr Abdul Shukor Ahmad dan Nor Shahadah Saari, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Donald Joseph Franklin, mewakili Dr Mahathir dan kerajaan.”

(Link Laporan : https://www.bharian.com.my/…/saman-apandi-terhadap-tun… )

3. Pada hari ini MALAYSIAKINI 06.05.2022 dalam memetik kenyataan TUN DR MAHATHIR dalam laporannya bertajuk “Saya tidak mengaku salah dan bersedia ke mahkamah, kata Dr M” telah melaporkan :

“Semasa saya beri keterangan kepada pihak Peguam Negara (Idrus Harun) bagi persediaan kes saman Apandi terhadap saya, saya telah dimaklum bahawa proses penamatan perkhidmatan itu betul dan mengikut prosedur dan Rule of Law.

Mereka maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Apandi Ali ditamatkan perkhidmatan.

Saya terkejut apabila baca berita baru-baru ini tentang satu penyelesaian di luar mahkamah dibuat di antara kerajaan dan Apandi. Terma penyelesaian juga dirahsiakan.

Saya tidak pun dimaklum tentang terma penyelesaian walaupun saya merupakan saksi utama.

Saya menulis pada peguam negara. Saya tidak bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut dibuat.

Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada kerajaan.

Saya tidak faham kenapa terma penyelesaian harus dirahsia dari saya serta rakyat. Rakyat berhak tahu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan pampasan.”

4. Yang pertamanya, tindakan APNDI ALI berhubung ALEGASI penamatan salah jawatannya sebagai Peguam Negara itu difailkan selepas TUN DR MAHATHIR telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Ke-7 pada 24.02.2020, iaitu akibat kehilangan majoriti Kerajaannya disebabkan “Sheraton Move”, namun tindakan saman APANDI ALI itu terhadap TUN DR MAHATHIR adalah tindakan saman berkaitan tugas TUN DR MAHATHIR sebagai Perdana Menteri Ke-7, iaitu sebagai Ketua Kerajaan.

5. Dalam hal keadaan itu, Pejabat Peguam Negara akan mewakili mana-mana individu yang dinamakan dalam tindakan saman berkaitan urusan rasmi individu terbabit semasa memegang jawatan berkenaan, dan oleh yang demikianlah Pejabat Peguam Negara mewakili TUN DR MAHATHIR dan Kerajaan Malaysia yang dinamakan dalam tindakan saman APANDI ALI berkenaan.

6. Yang keduanya, walaupun Pejabat Peguam Negara yang mewakili TUN DR MAHATHIR dalam tindakan saman itu, ianya masih menjadi tanggungjawab PEGUAM NEGARA dan Pegawai-Pegawai di Pejabat Peguam Negara yang mengendalikan tindakan saman itu untuk memberikan PENJELASAN LENGAP kepada pihak yang disaman, iaitu TUN DR MAHATHIR tentang perkembangan tindakan saman itu, apatah lagi apabila kononnya ada penyelesaian berkaitan tuntutan itu di MAHKAMAH.

7. Yang ketiganya, memandangkan proses perundangan dan kehakiman TIDAK MUDAH DIFAHAMI oleh masyarakat umum, maka ianya menjadi tanggungjawab PEGUAM NEGARA untuk membuat KENYATAAN RASMI akan alasan di sebalik penyelesaian itu sedangkan TUN DR MAHATHIR telah nyatakan dengan jelas dalam kenyataannya bahawa Pejabat Peguam Negara telah ” … maklumkan bahawa saya dan kerajaan telah memberi nasihat betul kepada Yang di-Pertuan Agong supaya Apandi Ali ditamatkan perkhidmatan.”, yakni, apakah yang mendorong Kerajaan Malaysia melalui PEGUAM NEGARA terkini untuk menyelesaikan tindakan saman APANDI ALI itu sedangkan proses penamatan perkhidmatan APANDI ALI sebagai Peguam Negara adalah BETUL dan TEPAT dalam pandangan PEGUAM NEGARA terkini itu !

8. Yang keempatnya, memandangkan terdapat sejumlah PAMPASAN yang dipersetujui dibayar oleh Kerajaan Malaysia (melalui Pejabat Peguam Negara) kepada APANDI ALI, yang akan melibatkan DANA RAKYAT, maka ianya juga menjadi tanggungjawab PEGUAM NEGARA untuk memberi butiran lengkap terma penyelesaian itu kepada masyarakat umum, tanpa mana-mana kelengahan.

9. Yang kelimanya, tindakan saman APANDI ALI itu bukannya satu tindakan sivil antara Rakyat dengan Rakyat, di mana mereka berhak untuk menyembunyikan terma penyelesaian daripada pengetahuan umum dengan merekodkan kerahsiaan itu melalui Perintah Mahkamah, namun tindakan saman APANDI ALI itu adalah terhadap urusan rasmi kerajaan, yang mana menjadi HAK RAKYAT untuk mengetahui terma-terma penuh penyelesaian tanpa halangan.

10. Yang keenam, ianya adalah jelas daripada kenyataan TUN DR MAHATHIR bahawa negarawan itu TIDAK PERNAH SETUJU dengan penyelesaian tindakan saman APANDI ALI itu, seperti dilaporkan :

“Saya tidak pun dimaklum tentang terma penyelesaian walaupun saya merupakan saksi utama.

Saya menulis pada peguam negara. Saya tidak bersetuju dengan cara penyelesaian tersebut dibuat.

Saya berasa kerajaan tidak sepatutnya tunduk memandang bahawa tindakan penamatan perkhidmatan Apandi mengikut semua urusan dan kuasa yang ada pada kerajaan.”

11. Maka, ianya menjadi tanggungjaawb PEGUAM NEGARA untuk mengakui ketiadaan pengetahuan dan ketiadaan persetujuan di pihak TUN DR MAHATHIR berkaitan penyelesaian tindakan saman APANDI ALI itu, supaya masyarakat umum TAHU dan FAHAM rentetan peristiwa sebenar di sebalik penyelesaian tindakan saman APANDI ALI itu oleh Kerajaan Malaysia, yang mana adalah untuk Kerajaan Malaysia melalui PEGUAM NEGARA terkini untuk jelaskan kepada kepuasan Rakyat Malaysia yang prihatin.

12. Hatta, sebagai seorang pengamal undang-undang dan Rakyat Malaysia, saya beri SARANAN kepada PEGUAM NEGARA terkini, TS IDRUS HARUN supaya dengan serta-merta membuat satu KENYATAAN RASMI berhubung penyelesaian tindakan saman APANDI ALI oleh Kerajaan Malaysia dengan menyatakan alasan sebenar di sebalik penyelesaian itu berserta pendedahan lengkap terma-terma penyelesaian yang telah dipersetujui di antara Kerajaan Malaysia dan APANDI ALI itu !

BERANI KERANA BENAR!!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

WAJIB TONTON:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...