Peguam Negara perlu jelaskan sebab permohonan gantung sabitan Najib Razak tidak dibantah – Haniff Khatri

PENGGANTUNGAN SABITAN DALAM KES SRC NAJIB RAZAK MENJADI DULUAN KEPADA MAHKAMAH JENAYAH LAIN UNTUK IKUTI!!

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

ڤڬوام نڬارا ڤرلو جلسكن سبب ڤرموهونن ڬنتوڠ سابيتن نجيب رازق تيدق دبنته – حنيفف خطري

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :




1. Pada 08.12.2021, selepas Rayuan NAJIB RAZAK terhdap SABITAN dan HUKUMAN dalam kesemua tujuh pertuduhan jenayah SRC telah DITOLAK oleh MAHKAMAH RAYUAN, saya telah melalui Video di Siri : 3058 pada 08.12.2021, membangkitkan PERSOALAN berkaitan isu PENGGANTUNGAN SABITAN yang tiada mana-mana duluan di Mahkamah untuk dianugerahkan sewenang-wenangnya seperti yang dilaporkan oleh media bahawa ianya telah dianugerahkan oleh MAHKAMAH RAYUAN SRC itu.

2. Saya juga telah di Siri : 3058 itu telah menerbitkan Kenyataan Media PIAGAM RAKYAT, yang antara lain mengatakan :

“1. Kami menuntut Peguam Negara / Pendakwaraya :

a) Merayu dan mencabar keputusan tambahan Mahkamah Rayuan terhadap Penggantungan Perlaksanaan Hukuman Denda dan Penggantungan Sabitan terhadap Najib Razak di dalam kes SRC sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan selesai, memandangkan seperti yang dilaporkan portal Malaysiakini bahawa Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul telah mengesahkan bahawa perintah penangguhan itu adalah ke atas sabitan dan hukuman, dan Rayuan ini wajib dilakukan dalam tempoh 14 hari (selewat-lewatnya 22 Disember 2021) setelah Mahkamah Rayuan membuat penghakiman pada 8 Disember 2021 yang lalu.

b) Secara tambahan untuk keluarkan satu Kenyataan Rasmi Peguam Negara / Pendakwa Raya untuk mengesahkan bahawa Rayuan itu dilakukan dalam tempoh masa yang diperlukan di bawah undang-undang, iaitu sebelum 22 Disember 2021.”

3. Walau bagaimanapun, Peguam Negara TS IDRUS HARUN bukan sahaja gagal memfailkan apa-apa RAYUAN terhadap bahagian keputusan MAHKAMAH RAYUAN yang telah menganugerahkan PENGGANTUNGAN SABITAN itu, malah telah gagal untuk keluarkan apa-apa Kenyataan Rasmi berkaitan perkara itu, sehingga kini.

4. Pada hari ini, 01.08.2022, di atas DULUAN dalam kes SRC NAJIB RAZAK itu, satu MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR telah terikat dengan keputusan SRC NAJIB RAZAK itu untuk benarkan satu lagi Permohonan PENGGANTUNGAN SABITAN dalam satu lagi kes berprofil timggi melibatkan seorang lagi pemimpin poltik, tanpa pun adanya mana-mana pembubabran Parlimen yang wujud pada masa ini, sepertimana keadannya semasa kes SRC NAJIB RAZAK itu !

Loading...

5. BH ONLINE 01.08.2022 bertajuk “Peter Anthony berjaya gantung hukuman, sabitan guna dokumen palsu” telah antara lain melaporkan :

“Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony bagi menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.

Sementara itu, Devanandan pula berhujah permohonan anak guamnya untuk menggantung pelaksanaan sabitan dibuat atas alasan sama seperti kes Datuk Seri Najib Razak iaitu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan alasan terdapat keadaan istimewa mengikut Seksyen 311 KTJ.

Peguam itu berkata, rayuan Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap terhadap sabitan dan hukuman bermerit dan mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.

“Jika permohonan ini tidak dibenarkan, pemohon yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), sebuah parti politik di Sabah tidak boleh bertanding pada PRU15.

“Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan. Jika tidak dibenarkan, pemohon akan hilang kelayakan untuk bertanding dan ia menyebabkan prejudis kepadanya. Oleh itu, sabitan ini perlu digantung sementara untuk membolehkan beliau bertanding,” katanya.”

(Laporan lengkap BH ONLINE 01.08.2022 bertajuk “Peter Anthony berjaya gantung hukuman, sabitan guna dokumen palsu” adalah dimuat naik dfi Ruang Bawah)

6. Sekali lagi Peguam Negara TS IDRUS HARUN wajar memberi penjelasan kepada Rakyat apakah alasannya Permohonan PENGGANTUNGAN SABITAN yang diberikan oleh MAHKAMAH RAYUAN SRC kepada NAJIB RAZAK telah bukan sahaja tidak dibantah apa bila dipohon, malah telah tidak dirayu sehinggakan ianya menjadi DULUAN yang mengikat sesebuah MAHKAMAH RENDAH untuk mengikuti keputusan itu berkaitan PENGGANTUNGAN SABITAN, walaupun Parlimen Malaysia belum pun lagi dibubarkan !!

7. Hatta, sepertiman yang telah saya berulangkali memberi peringatan dan penjelasan bahawa sekiranya Rayuan terakhir NAJIB RAZAK di MAHKAMAH PERSEKUTUAN tidak diselesaikan sebelum Parlimen dibubarkan, maka nescaya NAJIB RAZAK akan berhak untuk memfailkan pencalonannya untuk bertanding di PRU-15, di atas kewujudan Perintah PENGGANTUNGAN SABITAN itu !!

BERANI KERANA BENAR !!!



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...