“Jika ditafsir dengan teliti, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak semestinya perlu yakin bahawa calon yang dilantik sebagai Perdana Menteri memiliki sokongan majoriti pada ketika pelantikan dibuat tetapi yakin bahawa calon berkenaan “mungkin mendapat kepercayaan majoriti” selepas pelantikan dibuat”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤڬوام نڬارا ڬاڬل ددهكن بهاوا ڤلنتيكن اسماعيل صبري برشرط، بوليه دتاريك باليق جك تياد اصول ڤرچاي
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sekali lagi cuba mengelirukan rakyat, kali ini dengan memberi interpretasi tidak tepat berkenaan Perlembagaan Persekutuan dan keadaan semasa bagi menjelaskan kenapa usul percaya terhadap Perdana Menteri tidak perlu dibentangkan.
Menurut Idrus, Pelantikan Perdana Menteri baharu tidak memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Yang Di-Pertuan Agong yang baru-baru ini melantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada fakta-fakta dan kedudukan di atas, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan YAB Perdana Menteri dan Kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang,” katanya.
Memetik Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Idrus menambah, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Namun, kenyataan Idrus memakan dirinya sendiri apabila beliau mengesahkan bahawa Yang Di-Pertuan Agong memiliki kuasa mutlak dalam melantik Perdana Menteri atas budi-bicara Seri Paduka Baginda Tuanku, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa budi bicara ini termaktub dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
Jelas di sini bahawa Yang Di-Pertuan Agong tidak semestinya perlu yakin bahawa calon yang dilantik sebagai Perdana Menteri memiliki sokongan majoriti pada ketika pelantikan dibuat tetapi yakin bahawa calon berkenaan “mungkin mendapat kepercayaan majoriti” selepas pelantikan dibuat.
Atas dasar inilah Yang Di-Pertuan Agong dipercayai menitahkan sebagai syarat bahawa sesiapa yang dilantik sebagai Perdana Menteri wajib mementukan keabsahannya di Dewan Rakyat selepas lantikan dibuat.
Bukan hanya titah ini menepati kuasa budi bicara Yang Di-Pertuan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, ianay bermakna pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9 oleh Seri Paduka Baginda Tuanku adalah bersyarat dan boleh ditarik balik atas kuasa budi bicara yang sama sekiranya undi percaya tidak dilaksanakan.
Inilah yang gagal didedahkan oleh Peguam Negara.
WAJIB BACA:
Pakatan Harapan nampaknya takut Mahathir akan disanjung pengundi jika dilantik pengerusi MPN
