PBM nafi Zuraida terlibat dalam parti

PBM merupakan parti politik baharu dan ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin PKR yang sehaluan dengan Zuraida. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤبم نافي ذورايدا ترليبت دالم ڤرتي

Parti Bangsa Malaysia (PBM) menafikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin membuat permohonan untuk menyertai parti baharu itu.

Setiausaha Agungnya Nor Hizwan Ahmad berkata, parti itu baru selesai mengadakan mesyuarat majlis tertinggi.

Terdahulu menurut laporan Malaysian Insight, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengadakan perbincangan berhubung isu pemecatan Zuraida dan individu lain dalam parti itu yang didakwa terlibat dengan PBM.

PBM merupakan parti politik baharu dan ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin PKR yang sehaluan dengan Ahli Parlimen Ampang itu.


PETALING JAYA: Parti Bangsa Malaysia (PBM) menafikan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin membuat permohonan untuk menyertai parti baharu itu.

Setiausaha Agungnya Nor Hizwan Ahmad berkata, parti itu baru selesai mengadakan mesyuarat majlis tertinggi.




“Setakat ini, tiada nama Zuraida dalam senarai permohonan ahli baru PBM,” katanya dalam kenyataan.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Katanya, mana-mana permohonan akan dibincang untuk diluluskan dan mesyuarat majlis tertinggi parti dan biro politik.

TONTON: KLUSTER MAHKAMAH BINCANG PRU-PRN SERENTAK

“Keahlian PBM sedang rancak kerana agenda baru yang kami tawarkan jauh lebih segar, bertenaga dan tidak menyusuri kerangka perkauman yang lama,” katanya.

Terdahulu menurut laporan Malaysian Insight, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mengadakan perbincangan berhubung isu pemecatan Zuraida dan individu lain dalam parti itu yang didakwa terlibat dengan PBM.

PBM merupakan parti politik baharu dan ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin PKR yang sehaluan dengan Ahli Parlimen Ampang itu.

Perbincangan itu disahkan ahli MPT Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman yang memberitahu isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat pada 25 Jan lalu.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat sementara menunggu siasatan lanjut oleh parti.

Loading...

Dalam pada itu, mengulas lanjut Hizwan berkata PBM tidak akan mencampuri urusan dalaman Bersatu.

“Justeru, saya tidak ada keperluan untuk campur tangan urusan dalaman Bersatu, biarlah mereka selesaikan antara mereka,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

KLUSTER MAHKAMAH BINCANG KEMUNGKINAN PRU15 SERENTAK PRN JOHOR, NAMUN ADA KRISIS

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...