PAS hadapi dilema besar selepas rundingan Muhyiddin, Mohamad Hasan gagal

Akar umbi PAS lebih rela parti itu bertanding atas kekuatan sendiri tanpa PPBM atau UMNO melainkan UMNO, PAS dan PPBM bersetuju untuk bekerjasama di bawah satu bumbung. Sumber (gambar): Perak Today

“Keputusan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah menimbulkan dilema besar buat parti itu yang tidak menjangkakan UMNO akan kekal dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan PPBM”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤاس هادڤي ديليما بسر سلڤس رونديڠن محي الدين، محمد حسن ڬاڬل

Keputusan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah menimbulkan dilema besar buat parti itu yang tidak menjangkakan UMNO akan kekal dengan pendiriannya untuk tidak bekerjasama dengan PPBM.

Menurut laporan, Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan PAS, selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020, iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih awal membuat pengumuman pada 26 Oktober lalu bahawa semua komponen PN iaitu BERSATU, PAS dan GERAKAN sepakat untuk bertanding pada PRN Melaka menggunakan lambang PN.




Menurut sumber, PAS yakin UMNO akan bersetuju untuk bekerjasama dengan PPBM pada PRN Melaka sekiranya PAS memutuskan untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional yang didaftarkannya bersama PPBM.

BACA JUGA: POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK

Keyakinan ini timbul setelah Datuk Seri Ismail Sabri bertemu dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk cuba memulihkan hubungan UMNO-PAS yang sekian lama retak.

Namun, percaturan PAS tidak membuahkan hasil apabila kepimpinan UMNO di peringkat pusat bertegas untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRN Melaka.

Susulan itu, Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Mohamad Ali Mohamad, menyampaikan keputusan beberapa bahagian UMNO di Melaka untuk tidak bekerjasama dengan PPBM di Melaka.

Ini menjurus kepada satu pertemuan semalam antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membincangkan kemungkinan PPBM dan UMNO bekerjasama pada PRN Melaka.

Menurut sumber, perjumpaan tersebut diusahakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang turut hadir sebagai orang tengah.

Namun, Mohamad Hasan dikatakan lebih cenderung ke arah keputusan yang dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO yang menetapkan bahawa UMNO dan PPBM tidak boleh bekerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Loading...

Atas dasar itu, Mohamad Hasan tidak begitu bersetuju dengan kerjasama UMNO-PPBM pada PRN Melaka sebagai menghormati kehendak akar umbi dan memandangkan PPBM dan UMNO tidak akan bekerjasama pada PRU15.

Ini menyebabkan PAS berada dalam dilema untuk menjelaskan kepada akar umbi parti itu sebab ia memilih untuk bekerjasama secara rasmi dengan PPBM di bawah bumbung Perikatan Nasional tanpa Barisan Nasional.

Untuk makluman, akar umbi PAS lebih rela parti itu bertanding atas kekuatan sendiri tanpa PPBM atau UMNO melainkan UMNO, PAS dan PPBM bersetuju untuk bekerjasama di bawah satu bumbung.

Pada 20hb Oktober 2021, saya menulis:

Sebenarnya, akar umbi UMNO sudah lama menolak kerjasama antara UMNO dan PAS atas beberapa sebab, antaranya:

1. PAS dianggap sebagai ‘pengkhianat’ apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih memihak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berbanding Zahid dan Najib,

2. PAS memberi keutamaan kepada Perikatan Nasional berbanding Muafakat Nasional, biarpun Muafakat Nasional ditubuhkan terlebih dahulu, sebelum Langkah Sheraton,

3. PAS bertindak menyertai Perikatan Nasional biarpun rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional, UMNO, tidak bersetuju dan berpendapat bahawa penenkanan harus diberi kepada Muafakat Nasional, bukannya Perikatan Nasional.

Akar umbi PAS pula tidak berpuas hati dengan UMNO atas beberapa sebab, antaranya:

1. Kluster Mahkamah enggan menyertai Perikatan Nasional dan terlalu mementingkan agenda peribadi Najib dan Zahid.

2. UMNO meminggirkan terus PAS pada Pilihan Raya Negeri Sabah.

3. UMNO gagal mendaftarkan Muafakat Nasional bersama PAS dan tidak berniat mendaftarkannya sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

4. UMNO akan hanya bertanding di bawah bendera Barisan Nasional dan tidak mungkin bersetuju untuk bertanding di bawah bendera lain, termasuk bendera Muafakat Nasional.

5. Kluster Mahkamah berunding secara rahsia dengan DAP ke arah pembentukan jajaran politik baharu melibatkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, sekaligus mengenepikan Muafakat Nasional dan mengkhianati kepercayaan PAS.

Jadi amat sukar bagi PAS dan UMNO bekerjasama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, dan sokongan Melayu-Islam terhadap kedua-dua parti ini (yang kini berada pada tahap paling teruk dalam sejarah, rujuk pendedahan di bawah) dijangka bertambah teruk jika kerjasama ini terjalin.

RUJUK PENDEDAHAN PENUH DI SINI

Sebenanya, PAS dari awal lagi terdesak untuk mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dan sengaja memasuki Perikatan Nasional tanpa restu UMNO.

Ini kerana Hadi terlalu yakin bahawa Muhyiddin akan kekal sebagai Perdana Menteri dan menerajui kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15.

Andai kata Muhyiddin masih bergelar Perdana Menteri, PAS sudah pasti boleh mengharapkan sokongan beliau untuk membenarkan parti itu bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15, berbekalkan jentera kerajaan dan bantuan kewangan daripada kroni-kroni kerajaan.

Malangnya, bukan hanya Muhyiddin berjaya digulingkan, PAS akan dihukum oleh saki baki penyokongnya jika parti itu tetap berdegil untuk berdamping dengan PPBM menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini kerana PPBM hampir tidak memiliki jentera Pilihan Raya atau akar umbi, dan jika berlaku kerjasama antara PPBM dan PAS, kerjasama ini langsung tidak menguntungkan PAS, malah berpotensi melumpuhkan PAS jika jentera Pilihan Raya parti itu yang cukup terhad digunakan bagi membantu PPBM.

Jadi tinggal satu cara sahaja jika PAS ingin meneruskan juga kerjasamanya bersama PPBM, iaitu jika UMNO tiba-tiba bersetuju untuk menyertai Perikatan Nasional dan bertanding menggunakan bendera Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Jika ‘keajaiban’ ini berlaku, PAS boleh menggunakan “penyatuan ummah” sebagai alasan kenapa Perikatan Nasional merupakan gabungan yang lebih berjaya berbanding Muafakat Nasional dan harus disokong oleh Melau-Islam.

Malangnya, strategi ini akan hanya menguntungkan PPBM dan PAS, bukannya UMNO.

Ini kerana PPBM dan PAS akan berpaut terus pada jentera Pilihan Raya UMNO bagi kerusi-kerusi di kawasan bandar, manakala UMNO akan dihukum teruk oleh penyokongnya kerana membantu PPBM dan PAS.

WAJIB BACA:

LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK ATAS FITNAH BERHUBUNG RCI FOREX

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...