“Pakatan Harapan lebih memberi perhatian kepada perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) bagi melindungi kedudukan Ismail Sabri daripada berbincang dengan Mahathir syarat-syarat penglibatan mereka dalam MPN dan pelantikan Mahathir sebagai pengerusi MPN. Inilah masalahnya dengan Pakatan Harapan. Barangkali, kepimpinannya takut bahawa…”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤاكتن هارڤن تاكوت محضير اكن دسانجوڠ ڤڠوندي جك دلانتيق ڤڠروسي مڤن
Sertai saluran Telegram TTF di sini
1. Umum sedia maklum bahawa Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan satu siri pertemuan dengan ketua-ketua parti politik bermula 9hb Jun hingga 11hb Jun 2021.
2. Menurut laporan media, pertemuan itu ada kaitan dengan isu semasa negara, khususnya, penularan wabak COVID-19, pengisytiharan Darurat dan kemelut politik yang tiada kesudahannya.
3. Hampir kesemua pemimpin politik yang menghadap Yang Di-Pertuan Agong mengesahkan bahawa perbincangan mereka samada bertumpu kepada perlunya Darurat ditamatkan atau sidang parlimen diadakan ataupun kedua-duanya sekali.
4. Hanya seorang sahaja pemimpin yang mempersembahkan jalan penyelesaian terperinci bagaimana mengatasi kemelut politik, ekonomi, sosial dan kesihatan yang melanda.
5. Pemimpin berkenaan tidak lain dan tidak bukan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan jalan penyelesaian yang dibentangkannya berupa cadangan penubuhan Majlis Penasihat (Majlis Pemulihan Negara) bersemangatkan Mageran (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “MPN Mahathir”).
6. Cadangan ini kemudiannya diciplak oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tanpa segan dan silu malah dikekalkan nama yang sama, iaitu Majlis Pemulihan Negara (MPN).
7. Malangnya, versi MPN yang ditubuhkan oleh Muhyiddin (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “MPN Muhyiddin”) gagal dari sudut pencapaian dan perlaksanaan malah tidak menepati apa yang dicadangkan oleh Mahathir kepada Yang Di-Pertuan Agong.
BACA JUGA: ISMAIL SABRI, ZAHID WAJIB BERCUTI JIKA RCI DITUBUHKAN
8. Khususnya, MPN Muhyiddin tidak memiliki kuasa tadbir urus dan tidak bebas dari pengaruh kerajaan malah diketuai oleh Muhyiddin sendiri dan bertanggungjawab spenuhnya terhadap kerajaan, bukannya Yang Di-Pertuan Agong.
9. Ini menyebabkan situasi pelik di mana “Perdana Menteri menasihati Perdana Menteri sendiri menerusi MPN berhubung situasi Covid-19 dan cara-cara menanganinya.”
10. Ianya tidak masuk akal kerana Muhyiddin sudah sedia menerajui sebuah pentadbiran besar terdiri daripada 70 menteri dan timbalan menteri dan dinasihati berhubung situasi Covid-19 terkini oleh Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikannya sendiri.
11. Apa pun, keputusan Muhyiddin untuk menubuhkan MPN merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kehebatan cadangan Mahathir dan pengakuan bahawa kerajaan pimpinannya tidak memiliki idea bernas bagaimana mengatasi kemelut politik, ekonomi, sosial dan kesihatan yang melanda.
12. Hari ini, bukan hanya kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri ditubuhkan atas sokongan ahli-ahli parlimen sama yang terlibat dalam pentadbiran Muhyiddin, lebih 90 peratus daripada menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Ismail Sabri turut bergelar menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Muhyiddin.
13. Ini bermakna, pentabiran Ismail Sabri melibatkan kumpulan sama yang mengiktiraf cadangan Mahathir dan mengaku bahawa mereka tidak ada idea bernas bagaimana mengatasi kemelut politik, ekonomi, sosial dan kesihatan yang melanda.
14. Ini termasuklah Ismail Sabri sendiri, yang seterusnya bertindak menjemput pembangkang untuk menyertai MPN agar pihak kerajaan dan pembangkang dapat berganding bahu sebagai “Keluarga Malaysia.”
15. Jika benar Ismail Sabri mengiktiraf cadangan Mahathir dan tidak ingin mengulangi kesilapan Muhyiddin, beliau sepatutnya menghadkan saiz kabinet dan menjemput Mahathir untuk menerajui MPN sebelum mengagihkan kuasa tadbir urus antara kerajaan dan MPN.
16. Ismail Sabri boleh melakukan kesemua ini tanpa was-was atau rasa takut bahawa PPBM akan cuba sesuatu yang mampu mengganggu gugat kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
17. Sebabnya, jika PPBM cuba meruntuhkan kerajaan, Ismail Sabri akan mendapat sokongan pembangkang dalam bilangan yang mencukupi untuk memastikan bahawa usaha menangani pandemik Covid-19 tidak terganggu gugat.
18. Sudah pasti pembangkang akan berpuas hati dengan pelawaan Ismail Sabri agar mereka bersama-sama memerangi pandemik Covid-19 menerusi MPN, dan sudah pasti pembangkang tidak ingin dipandang serong oleh pengundi sekiranya pelawaan Ismail Sabri ditolak.
19. Malangnya, bukan hanya pentadbiran Ismail Sabri melibatkan lebih 90 peratus muka lama dari pentadbiran Muhyiddin, kerajaan pimpinannya kini dicap sebagai “kerajaan kitar semula” atau “kerajaan salin kulit.”
20. Ini adalah hakikat, dan pembangkang seharusnya berjuang untuk mengubah hakikat ini jika benar misi pembangkang adalah untuk membantu kerajaan menangani wabak Covid-19 secara berkesan agar Pilihan Raya Umum ke-15 dapat diadakan secepat mungkin.
21. Dalam ertikata lain, pembangkang perlu menekan Ismail Sabri untuk mengugurkan sekurang-kurangnya 10-12 menteri dan 10-12 timbalan menteri sebelum mengagihkan kuasa tadbir urus antara MPN dan kerajaan.
22. Pembangkang turut perlu mengiktiraf kehebatan Mahathir sebagai pengasas cadangan MPN dan memperjuangkan pelantikannya sebagai pengerusi MPN agar majlis ini dapat berfungsi secara berkesan.
23. Malangnya, Pakatan Harapan lebih memberi perhatian kepada perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) bagi melindungi kedudukan Ismail Sabri daripada berbincang dengan Mahathir syarat-syarat penglibatan mereka dalam MPN dan pelantikan Mahathir sebagai pengerusi MPN.
24. Inilah masalahnya dengan Pakatan Harapan.
25. Barangkali, kepimpinannya takut bahawa Mahathir akan disanjung tinggi oleh pengundi sekiranya beliau menerajui MPN dan berjaya menjinakkan wabak Covid-19.
WAJIB BACA:
Sudah berlaku campurtangan politik, Ismail Sabri, Zahid wajib bercuti jika RCI ditubuhkan
