‘Orang kuat’ Najib Razak kaitkan Hamzah dengan ugutan bubar UMNO, dakwa Muhyiddin ‘main bini orang’

Lokman mendakwa, UMNO diugut akan dibubarkan jika tidak menyertai Perikatan Nasional. Sumber (gambar): Fail TTF

اورڠ كوات نجيب رازق كايتكن حمزه دڠن اوڬوتن بوبر امنو، دعوا محي الدين ءماءين بيني اورڠء

Seorang penyokong tegar Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendakwa, UMNO telah diugut akan dibubarkan sekiranya tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Datuk Lokman bin Noor Adam, yang membentuk sebahagian daripada kumpulan Laskar Siber pro-Najib yang dipercayai dibiayai oleh pihak tertentu, memberi gambaran bahawa ugutan itu berkait dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Apabila ditanya berkenaan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya beliau tidak akan berkompromi tentang kebatilan malah dipecat sebab mempertahankan kebatilan, inilah jawapan Lokman:

“Apa yang dia (Muhyiddin) paham tentang kebatilan? Main bini orang tu batil tak? Jangan lupa apa yang dia bayar kepada Nika Gee.”


PETALING JAYA: Seorang penyokong tegar Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendakwa, UMNO telah diugut akan dibubarkan sekiranya tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Datuk Lokman bin Noor Adam, yang membentuk sebahagian daripada kumpulan Laskar Siber pro-Najib yang dipercayai dibiayai oleh pihak tertentu, memberi gambaran bahawa ugutan itu berkait dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.




“Mereka ugut akan bubar UMNO jika tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) dengan menggunakan alasan kononnya kerana Umno menggunakan dana 1MDB dan sebagainya,” kata orang kanan Najib itu melalui facebook beliau.

“Diaorang ni bukan sahaja kata macam tu, tetapi mengugut Umno jika tidak mahu sertai Perikatan Nasional,” kata Lokman lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta agar Muhyiddin tidak mengugut Umno lagi.

“Tak perlulah ugut-ugut Umno ini. Saya tahu dah ada atas meja ROS (Pendaftar Pertubuhan) dan atas meja Hamzah Zainuddin (Menteri Dalam Negeri) untuk membubarkan Umno semata-mata kerana Umno kononnya menerima duit 1MDB.

“Sehingga hari ini mereka gagalkan buktikan bahawa duit yang Datuk Seri Najib terima daripada Arab Saudi adalah duit 1MDB,” katanya.

Apabila ditanya berkenaan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya beliau tidak akan berkompromi tentang kebatilan malah dipecat sebab mempertahankan kebatilan, inilah jawapan Lokman:

“Apa yang dia (Muhyiddin) paham tentang kebatilan? Main bini orang tu batil tak? Jangan lupa apa yang dia bayar kepada Nika Gee.

Loading...

“Benda ini disebut dalam akuan bersumpah oleh Stanley Paul, iaitu suami kepada Nika Gee. Semua orang dah tahu dah…”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...