Nampaknya isu RM600 bilion direka menjelang 6 PRN

“…Anwar sebelum ini mendakwa memiliki fail yang membuktikan penyelewengan dana RM600 bilion, namun Anwar gagal mempertikai kenyataan SPRM dan Tengku Zafrul…”

Raggie Jessy Rithaudeen

نمڤقڽ ايسو رم600 بيلياون دريكا منجلڠ 6 ڤرن

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Semalam, sebuah portal (Malaysia Today) menerbitkan Penyata Kewangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Penyata ini disertakan dengan laporan juruaudit yang turut menunjukkan akaun Bersatu bagi tahun 2020.




Laporan ini menarik perhatian saya, kerana sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) dengan penyelewengan dana yang dikatakan bernilai RM600 bilion.

Saya pernah mendengar tuduhan sebegini dilemparkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lagi, dan atas sebab itu, penyata kewangan dan laporan juruaudit yang diterbitkan menarik perhatian saya.

Ini kerana laporan berkenaan ditandatangani oleh akauntan bertauliah dari Citi Partners, firma yang mengaudit akaun Bersatu.

Antara lain, juruaudit terbabit mendapati penyata kewangan Bersatu memberi gambaran yang benar dan saksama berkenaan kedudukan parti itu pada 31 Disember 2021.

Ini selaras dengan pengesahan mantan menteri kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, bahawa penggunaan dana kecemasan bagi membiayai beberapa pakej rangsangan ekonomi sejak 2020 lalu dilaksana secara telus.

Manakala itu, pada 9 Disember 2022, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa siasatan awal mendapati jumlah peruntukan kecemasan di bawar pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin berjumlah RM530 bilion (bukan RM600 bilion), di mana RM92.5 bilion adalah dana kerajaan manakala RM437.5 bilion bukan daripada kerajaan.

Setelah Tengku Zafrul dan SPRM bersuara, isu RM600 bilion tiba-tiba disenyapkan, dan perhatian dialihkan kepada satu nilai baharu (RM4.5 bilion) yang kononnya dilesapkan oleh Bersatu bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-15.

Loading...

Namun, seperti isu RM600 bilion, isu RM4.5 bilion turut membabitkan dakwaan yang tidak disertakan sebarang bukti mahupun sumber maklumat.

Perkara ini amat membimbangkan saya.

Persoalannya, adakah pentadbiran Anwar terlibat dalam gejala fitnah kerana khuatir Perikatan Nasional mampu membentuk kerajaan sekiranya ahli-ahli parlimen Barisan Nasional, GPS dan GRS beralih sokongan?

Atau adakah Anwar sedang cuba mencalar reputasi Perikatan Nasional menjelang enam Pilihan Raya Negeri, sepertimana juga beliau mencalar reputasi Barisan Nasional satu ketika dulu dengan kisah dongeng “6 kotak bukti” yang tidak muncul-muncul hingga ke hari ini?

Saya ingin tahu, kerana Anwar sebelum ini mendakwa memiliki fail yang membuktikan penyelewengan dana RM600 bilion, namun Anwar gagal mempertikai kenyataan SPRM dan Tengku Zafrul.

Kini, wujud penyata akaun Bersatu yang diluluskan oleh juruaudit bertauliah, bermakna “fail” yang dimaksudkan oleh Anwar, sekiranya wujud, perlu didedahkan kepada umum.

Ini penting, kerana kita tidak mahu seorang Perdana Menteri yang bermain persepsi, tetapi seorang Perdana Menteri yang berpandukan kepada fakta dan kebenaran.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...