
نام ڤساله ڤرينته كاولن ڤرڬرقن تيدق دريكودكن دالم دفتر جنايه
#TTFCovid19: Nama mereka yang didapati bersalah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkodkan dalam daftar jenayah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan nama pesalah PKP tidak dimasukkan dalam sistem rekod jenayah Polis Diraja Malaysia.
“Orang ramai perlu patuh PKP, hukuman dan penjara terhadap mereka yang ingkar PKP amat memeritkan,” katanya.
Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 683 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar PKP semalam dengan jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 29 April adalah seramai 22,432 individu.
KUALA LUMPUR: Nama mereka yang didapati bersalah mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkodkan dalam daftar jenayah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan nama pesalah PKP tidak dimasukkan dalam sistem rekod jenayah Polis Diraja Malaysia.
“Pesalah PKP tidak direkodkan dalam daftar jenayah,” katanya ringkas ketika diminta mengulas sama ada pesalah PKP akan mempunyai rekod jenayah selepas ditahan.
Beliau berkata, meskipun nama tidak direkodkan, ia bukanlah ‘tiket’ untuk orang ramai ingkar PKP yang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.
“Orang ramai perlu patuh PKP, hukuman dan penjara terhadap mereka yang ingkar PKP amat memeritkan,” katanya.
Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 683 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar PKP semalam dengan jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 29 April adalah seramai 22,432 individu.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
