NAJIB, ZAHID, ANWAR CUBA JATUHKAN KERAJAAN SEBELUM 6 JANUARI

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Satu gerakan untuk jatuhkan MuhyiddinYassin sebagai perdana menteri serta kerajaan ‘tebuk atap’ PN sebelum 6 januari 2021 oleh Najib Razak, Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.

Satu daya-usaha akan dilaksanakan oleh ketiga-ketiga pemimpin ini ke arah menggugat kedudukan MuhyiddinYassin sebagai perdana menteri Malaysia.

Dipercayai bahawa Najib Razak dan Zahid Hamidi sudah mempunyai ikatan kerjasama dengan Anwar Ibrahim yang mereka yakini mempunyai sokongan 91 ahli-ahli parlimen dari PH.




Najib Razak serta Zahid Hamidi akan cuba menarik sokongan dari beberapa ahli-ahli parlimen UMNO bagi menrealisasikan impian ini.

Seandainya impian ‘angan-angan mat jenin’ ini menjadi realiti dan mereka berjaya memertabatkan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri maka persetujuan dicapai bagi membebaskan kedua pemimpin kleptokrats ini dari semua pertuduhan rasuah mahu pun jenayah di mahkamah akan digugurkan oleh perdana menteri yang baharu.

Hakikatnya, Najib Razak dan Zahid Hamidi sanggup bekerjasama dengan Anwar Ibrahim untuk melepaskan segala pertuduhan jenayah mereka di mahkamah semata-mata.

Penyangak Anwar Ibrahim pula sanggup melakukan apa saja asalkan dia dapat jadi perdana menteri.

Apakah pemimpin-pemimpin yang pentingkan jawatan serta rakus kuasa seperti presiden PKR ini yang harus kita sokong sebagai calon perdana menteri?

Apa pun, pergerakan mereka bertiga ini hanyalah ‘angan-angan mat jenin’ tetapi seandainya penyangak Anwar Ibrahim berjaya menjawat jawatan perdana menteri; beliau akan berada di singgahsana itu buat selama-lamanya kerana dia adalah pemimpin yang paling korup sanggup salahguna kuasa bagi mengekalkan kedudukannya itu.

Inilah perkembangan buruk senario politik mutakhir tanahair kita yang semakin hari semakin merosakkan kesejahteraan negara Malaysia.

Loading...

Malangnya, kita ada ramai ahli-ahli parlimen yang ‘dungu’ tidak boleh buat pembacaan politik secara rasional dan ikhlas bagi mempertahankan kesejahteraan negara kita.

Kalangan ini hanya pentingkan diri untuk dapat jawatan saja. emimpin-pemimpin kleptokrats dan penyangak Anwar Ibrahim harus ‘disepak keluar’ dari lanskap politik tanahair secara kadar segera.

Ini adalah kalangan yang rakus kuasa yang sanggup salahguna kuasa demi menjaminkan kekuatan kekuasaan mereka buat selamanya.

Politik ketiga-tiga pemimpin ‘haprak’ ini hanyalah untuk menyelamatkan diri masing-masing saja.

Keseluruhan rakyat Malaysia wajib tolak pemimpin-pemimpin ‘haprak’ yang rakus kuasa ini secara ‘total’.

Matlamat kepentingan diri sendiri akan menyekat agenda pembinaan semula ‘Malaysia Baharu’.

Contoh yang terbaik adalah kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang hanya seronok berpaut pada jawatan serta kuasa tetapi gagal untuk ‘perform’.

Sudah hampir 9 bulan kerajaan ‘tebuk atap’ PN memerintah negara tetapi agenda kearah membina semula ‘Malaysia Baharu’ adalah ‘kosong’.

Lihat saja kedudukan ekonomi negara semakin tenat serta pandemik covid-19 juga semakin hilang kawalan.

Negara sedang berada diambang kehancuran natijah dari gelagat ‘dungu’ dan tidak bertanggunjawab majoriti dari ahli-ahli parlimen masakini.

Negara Malaysia akan hancur sekiranya kerajaan ‘tebuk atap’ PN terus mentadbir negara.

Tak perlu tunggu implikasi jangka panjang: kesan jangka pendek kini pun sudah semakin tenat.

Sebab itulah sebuah ‘kerajaan perpaduan’ secara grand coalition dengan penyatuan berteraskan individu harus direalisasikan secara segera bagi selamatkan tanahair kita yang tercinta ini.

Perbedaan fahaman ideologi politik mesti diketepikan segera demi masa depan rakyat mahupun negara kita.

MuhyiddinYassin dan keseluruhan barisan kabinet kerajaan ‘tebuk atap’ PN bertanggungjawab meruntuhkan negara kita dari segenap sektor.

Kedudukan serta keadaan negara kita semakin ‘binasa’.

Jangan terkejut sekiranya Malaysia akan jatuh muflis dengan kepimpinan negara sepertimana sekarang yang hanya dibuai dengan perasaan ‘syok sendiri’ saja.

Semua ahli-ahli parlimen yang bertanggungjawab dan berprinsip harus menyokong penuh gabungan dua tokoh negarawan ‘senior’ Tun Dr Mahathir Mohamad bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Kedua tokoh negarawan ini tidak mempunyai agenda kepentingan diri kecuali semangat keikhlasan mereka untuk membina semula ‘Malaysia Baharu’ demi kesejahteraan masa depan gemilang negara kita.

Sesuatu agenda politik rakus yang sedang diterajui oleh Najib Razak, Zahid Hamidi termasuk Anwar Ibrahim dijangkakan berlaku pada minggu hadapan selewat-lewatnya sebelum 6 januari 2021.

Sama-samalah kita ‘tunggu dan lihat’ permainan politik rakus oleh pemimpin kleptokrats dengan pemimpin yang ‘gila kuasa’ tetapi tidak akan mampu untuk memimpin negara.

Janganlah ‘menang sorak kampung tergadai’ dan ‘menang jadi arang; kalah jadi abu’.

Mangsa utamanya adalah rakyat jelata!!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...