
“Bagi belanjawan, menteri-menteri UMNO menyumbang secara besar dengan memberi cadangan perbelanjaan bagi kementerian masing-masing, dan mereka turut bertanggungjawab meluluskan dan menyokong cadangan belanjawan yang menjurus kepada keborosan perbelanjaan dan peruntukan mencurigakan kepada Jabatan Perdana Menteri serta unit propaganda kerajaan yang dihidupkan semula, JASA (dijenamakan semula sebagai JKom)”
Raggie Jessy Rithaudeen
نجيب كنتوءي ممفتنه لاڬي، منتري امنو صح ترليبت سام ممضرتكن ايكونومي نڬارا، اين بوقتيڽ
Hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak menulis satu kenyataan di Facebook milik beliau, berbunyi:
“Malaysia satu-satunya negara sahaja yang jatuh secara rasmi ke status kemelesetan ekonomi teknikal pada ketika ini.
“Kemelesetan teknikal bermaksud ekonomi mencatatkan penguncupan dua suku tahunan berturut-turut.
“Ini berikutan negara kita satu-satunya dalam dunia yang umumkan darurat untuk gantung parlimen dengan alasan nak melawan Covid tetapi sebenarnya sebab dorang mahu kekalkan kuasa.
“Biarpun darurat dibuat, RM600 bilion duit negara dibelanjakan oleh kerajaan dan lockdown separuh masak antara paling lama dalam dunia yang banyak menjahanamkan ekonomi Rakyat dan perniagaan kecil, negara kita masih mampu mencatat kadar kes Covid dan kadar kematian Covid antara paling tinggi dalam rantau dan dunia.
Tahukah anda kenyataan Najib ini satu fitnah, satu penipuan?
Apabila berlaku kenaikkan harga barang, Najib menuding jari terhadap kerajaan terdahulu, kononnya kerajaan terdahulu adalah “Kerajaan PN” dan kerajaan kini “Kerajaan BN.”
Kononnya, inflasi yang berlaku masakini disebabkan oleh “Kerajaan PN,” walhal, kedua-dua kerajaan (kini dan terdahulu) merupakan kerajaan “Gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional,” melibatkan gerombolan ahli-ahli parlimen sama dan lebih 90% menteri dan timbalan menteri yang sama.
Menteri-menteri ini berasal dari BN dan PN, dan semua keputusan kabinet adalah keputusan kolektif, khususnya, keputusan-keputusan melibatkan kewangan, Belanjawan dan ekonomi.
Bagi belanjawan, menteri-menteri UMNO menyumbang secara besar dengan memberi cadangan perbelanjaan bagi kementerian masing-masing, dan mereka turut bertanggungjawab meluluskan dan menyokong cadangan belanjawan yang menjurus kepada keborosan perbelanjaan dan peruntukan mencurigakan kepada Jabatan Perdana Menteri serta unit propaganda kerajaan yang dihidupkan semula, JASA (dijenamakan semula sebagai JKom).
Malah, memteri-menteri UMNO inilah yang menyokong keputusan Muhyiddin untuk berbelanja RM600 bilion ketika Darurat, keputusan melaksanakan “Lockdown Separuh Masak” dan keputusan meminta Darurat demi kelangsungan kuasa dan kedudukan masing-masing ketika majoriti Muhyiddin tergugat.
Najib lupa, menteri-menteri yang terlibat secara langsung dalam segala urusan melibatkan SOP Covid-19 dan pelaksanaan “Lockdown Separuh Masak” tidak lain dan tidak bukan menteri-menteri UMNO, bukannya menteri Perikatan Nasional.
Jadi terimalah hakikat – bukan hanya Najib penipu, UMNO secara sah bertanggungjawab terhadap kemusnahan dan kemudaratan ekonomi negara, yang kini ditanggung bersama oleh rakyat yang tidak berdosa.
Wallahu A’lam
WAJIB BACA:
