
ناءيب ڤريسيدن برساتو عموم كلوار ڤرتي
Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan keluar parti serta-merta kerana kecewa tidak dapat bertanding di kerusi Parlimen Tangga Batu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Walaupun Perikatan Nasional (PN) belum membuat sebarang pengumuman, tetapi PAS Melaka semalam berkata, ia akan meletakkan calon di Parlimen Tangga Batu dan Jasin.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook berkata, katanya, beliau sedih kerana segala usahanya di Tangga Batu seperti tidak hargai parti.
Katanya, sebelum ini beliau dijanjikan akan dicalonkan di kerusi Tangga Batu, tetapi kecewa apabila ditawarkan bertanding di Parlimen Bagan Datuk.
PETALING JAYA: Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen mengumumkan keluar parti serta-merta kerana kecewa tidak dapat bertanding di kerusi Parlimen Tangga Batu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Walaupun Perikatan Nasional (PN) belum membuat sebarang pengumuman, tetapi PAS Melaka semalam berkata, ia akan meletakkan calon di Parlimen Tangga Batu dan Jasin.
Sebelum ini, Rafiq yang juga bekas ADUN Paya Rumput dan ketua Bersatu Bahagian Tangga Batu, antara nama yang disebut-sebut bakal mewakili PN di kerusi Parlimen itu.
Rafiq berkata, surat peletakan semua jawatannya dalam Bersatu dan PN sudah dihantar kepada Presidennya, Muhyiddin Yassin.
Dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook berkata, katanya, beliau sedih kerana segala usahanya di Tangga Batu seperti tidak hargai parti.
Katanya, sebelum ini beliau dijanjikan akan dicalonkan di kerusi Tangga Batu, tetapi kecewa apabila ditawarkan bertanding di Parlimen Bagan Datuk.
“Beberapa hari lepas, saya dihubungi Timbalan Pengerusi Bersatu (Ahmad Faizal Azumu) memaklumkan tak dicalonkan dan ditawarkan bertanding beberapa kerusi alternatif lain, termasuk di Bagan Datuk yang ditandingi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya rasa sedih segala usaha, khidmat selama enam tahun di Tangga Batu tak dinilai secara adil,” katanya sambil menambah beliau merasakan struktur Bersatu tidak akan dihormati ahli lagi.
Rafiq berkata, buat masa ini, beliau tidak akan menumpukan perhatian terhadap politik, sebaliknya mahu menghabiskan masa bersama keluarganya.
“Mereka sangat sokong dan memahami tanggungjawab saya sebagai ahli politik selama ini.”
Pada pilihan raya negeri Melaka November 2021, Rafiq yang berpindah dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput ke Telok Mas, tewas dalam saingan empat penjuru kepada calon Barisan Nasional, Abdul Razak Abdul Rahman yang menang dengan majoriti 2,076 undi.
Sumber:
