“Kalau seseorang itu sudah biasa berkompolot, menipu dan mengkhianati rakan untuk menumbangkan kerajaan, masakan orang itu tidak akan melakukannya lagi”
Raggie Jessy Rithaudeen
موڠكينكه لڠكه رويلاي چولن برولڠ لاڬي دڠن زاهيد سباڬاي چالون ڤي عيم؟
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Baru-baru ini, ada seorang pembaca bertanya samada Langkah Royale Chulan bakal berulang untuk menaikkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri ke-11.
Sepintas lalu, Langkah Royale Chulan merujuk kepada rentetan peristiwa yang berakhir dengan tindakan 14 ahli parlimen UMNO menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas alasan kerajaan pimpinannya “gagal di mata rakyat.”
TONTON: TANDA-TANDA JELAS KENAPA ZAHID TIBA-TIBA TERDESAK LEPASKAN DIRINYA SEKARANG
Perkara ini disahkan menerusi dua warkah kepada Yang di-Pertuan Agong yang mendedahkan nama 14 ahli Parlimen berkenaan.
Ini disusuli dengan pertemuan tertutup di Hotel Royale Chulan pada 11 Ogos 2021, membabitkan sekumpulan ketua UMNO bahagian yang dikatakan bersetuju dengan pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
Lima hari kemudian, Muhyiddin menghadap Yang Di-Pertuan Agong dan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Sebaik sahaja Muhyiddin berbuat demikian, UMNO tiba-tiba ‘terbuka’ untuk tidur semula dengan Muhyiddin dan kelompok menteri dariapda Bersatu dan PAS yang sebelum ini dikatakan “gagal segagal gagalnya.”
Syaratnya, Bersatu dan PAS mesti bersetuju untuk menyokong Perdana Menteri daripada UMNO.
Muhyiddin akhirnya bersetuju dengan syarat itu selepas UMNO menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.
Ini disusli dengan satu lagi pertemuan di Hotel Royale Chulan, kali ini membabitkan Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen UMNO.
Keesokkan harinya, pada 21 Ogos 2021, Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9 atas sokongan ahli-ahli parlimen sama yang menyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin.
Dalam ertikata lain, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ‘bercerai’ untuk menumbangkan Muhyiddin dan ‘berkahwin’ semula beberapa hari kemudian untuk menaikkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Dari satu sudut, Ismail Sabri ‘naik pangkat’ dari jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Perdana Menteri.
Namun, dari sudut perlembagaan, ‘kenaikan pangkat’ Ismail Sabri tidak ada kena-mengena dengan jawatan Timbalan Perdama Menteri yang disandangnya dulu.
Ini kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan bahawa Timbalan Perdana Menteri harus menggantikan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri hilang majoriti sebelum tamat tempoh penuh penggal parlimen.
Sebaliknya, Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri atas ehsan sokongan Zahid, yang berkomplot dan mengkhianati rakannya untuk meruntuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin, agar Perdana Menteri daripada Bersatu dapat digantikan dengan Perdana Menteri daripada UMNO.
Adakah Zahid akan ulangi taktik kotor ini?
Kalau seseorang itu sudah biasa berkompolot, menipu dan mengkhianati rakan untuk menumbangkan kerajaan, masakan orang itu tidak akan melakukannya lagi.
Baru-baru ini, beberapa sumber memaklumkan bahawa kem Bossku berjaya ‘menakluki’ Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan menekan Zahid untuk memberi kata putus kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut sumber-sumber ini, kem Bossku mahu Anwar menyokong pengampunan Najib apabila Lembaga Pengampunan bersidang hujung bulan ini.
Khabarnya, sekiranya Najib tidak dilepaskan, kesemua 30 ahli parlimen BN mungkin menarik sokongan kepada Anwar.
Ada juga versi yang mengatakan semua ini perancangan bersama Zahid dan kem Bossku, namun tidak kira versinya, semua sumber bersetuju bahawa hubungan Anwar dan Zahid agak renggang.
Sekiranya maklumat ini benar, jika Najib tidak diampunkan, ada risiko besar BN akan menarik sokongan kepada Anwar.
Ini berkebarangkalian tinggi akan disusuli dengan penarikan sokongan GPS terhadap Anwar, kerana GPS diketahui bersekutu dengan BN bila melibatkan soal pembentukan kerajaan.
Dalam senario ini, Anwar wajib menghadap Yang Di-Pertuan Agong dan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Ketika menghadap, Anwar ada pilihan untuk mengusulkan pembubaran parlimen, dan jika Yang Di-Pertuan Agong bersetuju, kita akan berdepan Pilihan Raya Umum ke-16.
Sebaliknya, jika Yang Di-Pertuan Agong tidak bersetuju, akan bermulalah proses pencalonan dan pelantikan Perdana Menteri ke-11.
Adakah Anwar akan usulkan pembubaran parlimen?
Jika saya Anwar, saya akan mempertimbangkan empat perkara, iaitu:
1. Jika parlimen dibubarkan dan Najib tidak diampunkan, kedudukan PH akan merosot sedikit (mungkin menang hanya 70 kerusi), manakala UMNO akan dibelasah teruk (mungkin menang hanya 10-12 kerusi).
2. PN mungkin menang dengan majoriti mudah.
3. Jika parlimen tidak dibubarkan dan saya meletak jawatan, UMNO mungkin cuba berunding balik dengan saya dan menamakan Zahid sebagai calon Perdana Menteri.
4. Semua ini mungkin perancangan Zahid dan Najib dari dulu lagi, kerana Zahid sebelum ini pernah mengkhianati saya dan pernah terlibat dalam gerakan seakan-akan sama untuk menaikkan Ismail Sabri.
Disebabkan ego saya terlalu besar, saya akan memilih untuk mengusulkan pembubaran parlimen bagi mengelak Zahid daripada menjadi Perdana Menteri.
Seterusnya, saya akan berjuang habis-habisan pada kempen Pilihan Raya Umum ke-16 dan berharap PN tidak menang.
Jika PN gagal mencapai majoriti, saya akan mengusulkan semula kerajaan campuran PH-BN kepada Zahid dengan diri saya sebagai Perdana Menteri.
Saya akan berbuat demikian kerana saya tahu Zahid terdesak disebabkan kes mahkamahnya.
Sebaliknya, jika PN berjaya mencapai majoriti, saya akan duduk bersama Zahid dalam pembangkang dan merancang cara terbaik untuk kembali sebagai Perdana Menteri.
Bagaimana jika Peguam Negara menggugurkan kes Zahid sebelum Pilihan Raya Umum ke-16?
Ini tidak mengubah apa-apa, kerana saya yakin PN (sekiranya tidak menang pilihan raya) tidak akan bekerjasama dengan BN selagi kem Zahid dan Najib menguasai UMNO.
Lagi pun, jika PN catat pertambahan besar dałam perolehan kerusi, PN boleh memujuk GPS dengan mudah, dan jika BN enggan bekerjasama dengan saya, GPS mungkin memilih untuk membentuk kerajaan bersama PN daripada duduk dalam pembangkang bersama BN.
Jadi saya yakin BN akan bekerjasama dengan saya, diikuti dengan GPS dan GRS.
TONTON: TANDA-TANDA JELAS KENAPA ZAHID TIBA-TIBA TERDESAK LEPASKAN DIRINYA SEKARANG
