Mulut Anwar makan diri- makin tinggi keyakinan ada campurtangan lepaskan Zahid secara luar tabii

“…berdasarkan penjelasan Anwar, Idrus seolah-olah mendapat ‘restu’ Anwar setelah memberitahu Anwar bahawa Zahid boleh dilepaskan…” TONTON PENJELASAN LENGKAP DI SINI (KLIK DI SINI)

Raggie Jessy Rithaudeen

1.       Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri cuba menjelaskan dan merasionalisasikan pelepasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan jenayah di Dewan Rakyat.

2.       Anwar berbuat demikian setelah menghalang perbahasan atau perbincangan isu berkenaan dengan alasan dangkal “Dewan Rakyat bukannya mahkamah.”

TONTON PENJELASAN LENGKAP DI SINI (KLIK DI SINI)

3.       Episod berkenaan cukup luar tabii dan membayangkan keterdesakan kerajaan ‘menghalalkan’ pelepasan Zahid.




4.       Ianya juga meningkatkan syak wujud komplot terancang melibatkan pihak tertentu dalam kerajaan untuk melepaskan Zahid daripada cengkaman undang-undang jenayah.

5.       Terkini, ketika ditemuramah wartawan media antarabangsa di Amerika Syarikat, Anwar selaku Perdana Menteri mengulangi tingak laku peliknya itu dengan cuba merasionalisasikan pelepasan Zahid.

6.       Kata-kata Anwar kepada wartawan itu meningkatkan lagi syak wujud komplot atau konspirasi terancang membabitkan pihak kerajaan pimpinan Anwar untuk melepaskan Zahid daripada pertuduhan jenayah.

7.       Amat pelik bila Anwar bertindak seperti jurucakap Tan Sri Idrus Harun, sedangkan Idrus sendiri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelepasan Zahid.

8.       Lebih pelik lagi bila Anwar mengaku kepada media antarabangsa berlaku perbincangan antaranya dan Idrus Harun berhubung pelepasan Zahid, dan berdasarkan penjelasan Anwar, Idrus seolah-olah mendapat ‘restu’ Anwar setelah memberitahu Anwar bahawa Zahid boleh dilepaskan.

9.       Paling mengejutkan….

TONTON PENJELASAN LENGKAP DI SINI (KLIK DI SINI)

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...