Mukhriz sahkan tak sokong Perdana Menteri yang dijulang pemimpin korup, Najib, Zahid cuba yakinkan UMNO terima Anwar, DAP

Menurut Mukhriz, dia belum melihat bagaimana pembangkang akan bekerjasama dalam pilihan raya akan datang. Sumber (gambar): Fail TTF

مخريز سهكن تق سوكوڠ ڤردان منتري يڠ دجولڠ ڤميمڤين كوروڤ، نجيب، زاهيد چوبا يقينكن امنو تريما انور، دڤ

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengesahkan bahawa Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak akan sokong mana-mana Perdana Menteri yang mendapat sokongan pemimpin UMNO yang korup.

Mukhriz berkata, ini kerana parti tersebut tegas menentang rasuah yang dilabelnya sebagai “musuh nombor satu orang Melayu.”

Beberapa percubaaan Anwar, Najib dan Zahid untuk dapatkan sokongan bagi Anwar gagal, termasuklah percubaan untuk mengumpul Surat Akuan Bersumpah dalam bilangan yang mencukupi sebelum undi belanjawan pada 15hb Disember lepas.

Kini, ketiga-tiga mereka sekali lagi cuba meyakinkan ahli-ahli parlimen dari Team B UMNO untuk menyokong Anwar dan bersetuju untuk kerjasama dengan DAP dengan atau tanpa PAS.


IPOH: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mengesahkan bahawa Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) tidak akan sokong mana-mana Perdana Menteri yang mendapat sokongan pemimpin UMNO yang korup.

Mukhriz berkata, ini kerana parti tersebut tegas menentang rasuah yang dilabelnya sebagai “musuh nombor satu orang Melayu.”




Bercakap pada majlis ceramah Pejuang di Kedah malam tadi, Mukhriz berkata Pejuang akan berada di pihak yang bertentangan dengan pimpinan Umno seperti Najib Razak, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor dan “pemimpin korup” yang lain.

“Di mana mereka berada, kita tidak ada.

“Dia nak ikut mana-mana, konon tiba-tiba nak tanda tangan SD (akuan bersumpah) sokong pihak-pihak tertentu untuk jadi perdana menteri, kita tidak ada di situ,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Mukhriz dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini bersekongkol dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk cuba dapatkan sokongan majoriti bagi Anwar.

Beberapa percubaan sebelum ini gagal, termasuklah percubaan Anwar untuk memperdaya ahli-ahli parlimen ketika tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Sabah kononnya beliau memiliki sokongan hampir dua per tiga ahli parlimen.

Walaubagaimanapun, setelah melambung-lambung nama Yang Di-Pertuan Agong, Anwar gagal mempersembahkan sebarang bukti sahih sokongan ketika menghadap Seri Paduka Baginda Tuanku malah dinasihati oleh Tuanku untuk mematuhi proses perlembagaan.

Beberapa percubaaan Anwar, Najib dan Zahid setelah peristiwa itu turut gagal, termasuklah percubaan untuk mengumpul Surat Akuan Bersumpah dalam bilangan yang mencukupi sebelum undi belanjawan pada 15hb Disember lepas.

Loading...

Kini, ketiga-tiga mereka sekali lagi cuba meyakinkan ahli-ahli parlimen dari Team B UMNO untuk menyokong Anwar dan bersetuju untuk kerjasama dengan DAP dengan atau tanpa PAS.

Menurut Mukhriz, dia belum melihat bagaimana pembangkang akan bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.

“Mungkin tiada lagi Pakatan Harapan pada PRU15,” katanya memetik konflik dalaman di dalam gabungan pembangkang.

RJ RITHAUDEEN

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...