
Mukhriz Mahathir menuntut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan polis atas dakwaan pemindahan RM13 juta milik sebuah syarikat milik kerajaan negeri ke akaun bank di Kanada atau memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.
Ini menyusul kenyataan Sanusi semalam yang mendakwa jumlah itu dipindahkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar ke akaun Bank Barclays.
Mukhriz berkata, dakwaan Sanusi tidak berasas dan beliau akan mempertimbangkan “tindakan susulan” berdasarkan nasihat peguamnya.
“Saya menafikan sebarang pembabitan dalam perkara ini. Saya terkejut dengan dakwaan liar ini dan sejak ia disiarkan, ia memberi imej buruk kepada saya, parti yang saya wakili dan kerajaan Kedah terdahulu yang saya terajui.”
ALOR SETAR: Mukhriz Mahathir menuntut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membuat laporan polis atas dakwaan pemindahan RM13 juta milik sebuah syarikat milik kerajaan negeri ke akaun bank di Kanada atau memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu.
Ini menyusul kenyataan Sanusi semalam yang mendakwa jumlah itu dipindahkan oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar ke akaun Bank Barclays.
Mukhriz berkata, disebabkan kenyataan Sanusi, ramai yang beranggapan beliau di sebalik pemindahan wang itu.
“Beliau perlu bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakannya. Saya memandang serius komen itu.
“Buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis supaya siasatan terperinci boleh dilakukan.
“Atau saya cabar MB mohon maaf dan menarik balik kenyataan beliau,” katanya pada sidang media hari ini.
Mukhriz berkata, dakwaan Sanusi tidak berasas dan beliau akan mempertimbangkan “tindakan susulan” berdasarkan nasihat peguamnya.
“Saya menafikan sebarang pembabitan dalam perkara ini. Saya terkejut dengan dakwaan liar ini dan sejak ia disiarkan, ia memberi imej buruk kepada saya, parti yang saya wakili dan kerajaan Kedah terdahulu yang saya terajui.”
Mengenai isu beg barang kuih raya berjumlah RM1.3 juta ketika Mukhriz menjadi MB yang dibangkitkan Sanusi, Mukhriz berkata, beliau “tidak percaya” dengannya.
Ini kerana, katanya, kerajaannya tumbang sebelum Hari Raya tahun lalu, jadi tiada kemungkinan perkara itu berlaku.
Beliau berkata, Sanusi berkemungkinan merujuk pakej bantuan makanan untuk 36,000 keluarga di 36 DUN pada permulaan Covid-19.
Sumber:
WAJIB BACA:
MAAF, SAYA TAK BOLEH PERTAHAN ‘KERAJAAN SALIN KULIT’ ISMAIL SABRI
