
THE THIRD FORCE
محي الدين، تڠكو زفرول دكايتكن دڠن سكندل 5ڬ برنيلاي همڤير رم20 بيلياون
Seorang blogger telah membuat satu dakwaan serius, dengan mengaitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan seorang kenamaan yang dirujuknya sebagai “Dollah Pendek” dengan skandal yang didakwanya “sebesar skandal 1MDB.”
Blogger berkenaan, “SteadyAku47” (nama pena), mendakwa projek Digital Nasional Berhad (DNB) 5G yang kini menjadi pertikaian ramai, dianugerahkan pada zaman Muhyiddin dan melibatkan sogokkan yang dianggarkan bernilai hampir RM1 bilion kepada “Dollah Pendek.”
Dakwaan SteadyAku47 terkandung di Facebook milik beliau (KLIK DI SINI, tangkap layar di hujung bawah).
Menurutnya, pada ketika Muhyiddin terdesak untuk kekal sebagai Perdana Menteri, “Dollah Pendek” telah mendapat beratus juta ringgit daripada projek DNB 5G (yang didakwa bernilai RM20 bilion), menyebabkan beliau bersetuju untuk mengisytiharkan Darurat.
Di sini, gambaran yang diberikan mencadangkan SteadyAku47 merujuk kepada Yang Di-Pertuan Agong sebagai “Dollah Pendek.”
Blogger berkenaan turut mengaitkan Tengku Zafrul dan anak mertua Muhyiddin dengan skandal yang sama, sambil mendakwa, “Dollah Pendek” telah “untung” besar dengan menjadi orang tengah antara Timur Tengah dan Malaysia untuk tujuan pembekalan vaksin.
Dakwaan-dakwaan ini teramat serius dan perlu segera disiasat.
Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin hari ini membidas bekas menterinya Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul kerana membincangkan DNB dan rangkaian liputan 5G negara secara rahsia.
Ini di sebalik makluman Zahidi di Parlimen minggu lalu bahawa Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan DNB secara unilateral, walaupun ia kemudiannya disangkal oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.
“Saya agak kecewa kerana bekas menteri (komunikasi dan multimedia) Saifuddin Abdullah berkata mereka sudah berbincang dengan menteri kewangan.
“Jadi, menteri-menteri berbincang sesama sendiri dan melaksanakan projek DNB ini yang melibatkan hampir RM20 bilion tanpa penglibatan orang bawahan. Malah, timbalan (menteri) pun tak tahu.
“Jadi sebab itu semasa saya jawab di Parlimen, saya tidak ada maklumat mengenai perbincangan antara menteri kerana ia tidak dimaklumkan kepada saya,” kata Zahidi pada sidang media di Parlimen.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek turut hadir pada mesyuarat menteri-menteri berkenaan, katanya.
Pegawai SKMM yang lain juga tidak dimaklumkan mengenai butiran mesyuarat itu, kata Zahidi yang menambah Fadhlullah tidak menghadiri sebarang mesyuarat dengannya sejak dia mula menjawab soalan di Parlimen.
TANGKAP LAYAR SEBAHAGIAN FACEBOOK STEADYAKU47:
WAJIB BACA:
MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)
