
محي الدين صح تياد ماجوريتي، امنو ڤرلو ڤوتوسكن تيندقن ترهادڤ منتري
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Memandangkan MKT merupakan badan penentu dasar UMNO, keputusan yang dicapai wajib dituruti oleh setiap seorang yang bergelar ahli parlimen UMNO.
Justeru, UMNO perlu memutuskan tindakan yang perlu diambil terhadap menteri-menteri UMNO yang melanggar dasar parti dan menyokong Muhyiddin.
Manakala itu belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana ahli parlimen dari UMNO selain Datuk Seri Nazri Aziz dan barisan menteri dari parti itu berhubung status sokongan mereka terhadap Muhyiddin.
Ini bermakna, setakat hari ini, seramai 23 ahli parlimen UMNO dianggap telah menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin, termasuk Zahid sendiri yang mengesahkan perkara ini apabila mengumumkan keputusan bersama yang dicapainya ketika mempengerusikan mesyaurat MKT.
Memandangkan Zahid merupakan ahli parlimen, pengumuman beliau sahaja sudah mencukupi untuk mengesahkan Muhyiddin sudah hilang majoriti.
PETALING JAYA: Berita Harian melaporkan bahawa Ahli Jemaah Menteri sebulat suara memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan ringkas, keputusan itu dikatakan dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung hari ini.
“Ahli Jemaah Menteri juga ingin memaklumkan setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.
“Keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar daripada pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.
Ini sejajar dengan dakwaan TTF, bahawa setiap satu keputusan yang dikritik oleh UMNO, termasuk keputusan untuk meminta Darurat, meluluskan Ordinan-Ordinan Darurat dan cara perlaksanaan “Total Lockdown” dipersetujui bersama oleh menteri-menteri UMNO.
Malah, keputusan untuk menghidupkan semula JASA sebelum dijenamakan semula sebagai J-KOM dibuat berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh timbalan menteri UMNO.
Apa pun, kedudukan kerajaan pimpinan Muhyiddin selepas tamat Darurat 1hb Ogos ini menjadi tanda tanya susulan keputusan UMNO untuk menarik sokongan parti itu terhadapnya.
Perkara ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Rabu lalu selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO.
Memandangkan MKT merupakan badan penentu dasar parti, keputusan yang dicapai wajib dituruti oleh setiap seorang yang bergelar ahli parlimen UMNO.
Justeru, UMNO perlu memutuskan tindakan yang perlu diambil terhadap menteri-menteri dari parti itu yang melanggar dasar parti dan menyokong Muhyiddin.
Manakala itu, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada mana-mana ahli parlimen dari UMNO selain Datuk Seri Nazri Aziz dan barisan Jemaah menteri dari parti itu berhubung status sokongan mereka terhadap Muhyiddin.
Ini bermakna, setakat hari ini, seramai 23 ahli parlimen UMNO dianggap telah menarik sokongan mereka terhadap Muhyiddin, termasuk Zahid sendiri, yang mengesahkan perkara ini apabila mengumumkan keputusan bersama yang dicapainya ketika mempengerusikan mesyaurat MKT.
Memandangkan Zahid merupakan ahli parlimen, pengumuman beliau sahaja sudah mencukupi untuk mengesahkan Muhyiddin sudah hilang majoriti.
RJ RITHAUDEEN
WAJIB BACA:
