
محي الدين موڠكين بروندور، نامون دعوأن اسماعيل صبري ممڠكو جاوتن ڤردان منتري ءمڠاروتء
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Dakwaan kononnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan perdana menteri jika Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak benar malah tidak menepati peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa seluruh angota Jemaah Menteri perlu letak jawatan secara otomatik sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan atau hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Sumber TTF memaklumkan bahawa ada kemungkinan Muhyiddin akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat memandangkan keadaan amat genting.
Menurutnya, kem Muhyiddin gagal mencapai resolusi dengan mana-mana pihak dari luar blok kerajaan ke arah memantapkan sokongan terhadap kerajaan susulan keputusan UMNO untuk menarik sokongan itu.
Dakwaan kononnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan perdana menteri jika Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri tidak benar malah tidak menepati peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Semalam, TTF menulis:
“Peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa seluruh angota Jemaah Menteri perlu letak jawatan secara otomatik sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan atau hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
“Ini bermakna, jika ahli-ahli parlimen UMNO secara keseluruhan atau mereka yang sehaluan dengan Najib (seramai tujuh orang, termasuk Najib dan Zahid) menarik sokongan terhadap Muhyiddin, kerajaan secara otomatik akan tumbang.
“Justeru, secara efektif, penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri oleh UMNO membawa maksud yang sama dengan penarikan sokongan terhadap kerajaan.”
Hari ini, Gopal Sri Ram mengesahkan perkara ini sambil merujuk kepada keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah Tinggi pada 1995 terhadap kes Amir Kahar Tun Datu Mustapha v Mohd Said Keruak (yang ketika itu adalah Gabenor Sabah).
Dalam kes itu, ketua menteri Sabah Joseph Pairin Kitingan meletakkan jawatan tetapi Amir Kahar yang juga timbalan ketua menteri, tidak melepaskan jawatannya walaupun ketua menteri baru sudah dilantik.
“Mahkamah memutuskan kabinet berundur bersama ketua menteri (ketua kerajaan),” katanya sambil menambah ia adalah prinsip perundangan ini ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes di Perak pada 2010.
Sri Ram mengulas kenyataan Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa bahawa Muhyiddin Yassin akan didesak meletak jawatan ‘dalam sehari dua’ selepas Umno menarik sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri.
Menurut Mujahid, Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan perdana menteri dan mungkin sebagai perdana menteri interim manakala menteri kanan baharu Hishammuddin Hussein akan menjadi timbalannya.
Sri Ram berkata, menurut Artikel 43 (2) (a), Yang di-Pertuan Agong harus melantik perdana menteri baharu yang dalam pandangannya mungkin mendapat keyakinan majoriti di Dewan Rakyat.
“Di bawah peruntukan ini, sekiranya perdana menteri meminta pembubaran Parlimen dan Yang di-Pertuan Agong menolak, maka perdana menteri harus berundur bersama anggota kabinet seperti dinyatakan dalam Artikel 43 (4),” katanya.
Sri Ram berkata, tidak ada peruntukan untuk pemangku perdana menteri memangku jawatan itu selepas pengunduran perdana menteri.
Sumber TTF memaklumkan bahawa ada kemungkinan Muhyiddin akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat memandangkan keadaan amat genting.
Menurutnya, kem Muhyiddin gagal mencapai resolusi dengan mana-mana pihak dari luar blok kerajaan ke arah memantapkan sokongan terhadap kerajaan susulan keputusan UMNO untuk menarik sokongan itu.
RJ RITHAUDEEN
Dipetik juga beberapa bahagian daripada laporan Free Malaysia Today
WAJIB BACA:
Penipuan demi penipuan oleh anggota MKT, kali ini oleh Puad Zakarshi
