محي الدين، محمد حسن ڬاڬل چاڤاي كات سڤاكت – سومبر
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamad Hasan dikatakan telah mengadakan satu pertemuan hari ini bagi membincangkan kemungkinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan UMNO bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri Melaka.
Demikian menurut sumber, yang berkata perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.
Menurut perkhabaran, Mohamad Hasan lebih cenderung ke arah keputusan yang dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO yang menetapkan bahawa UMNO dan PPBM tidak boleh bekerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Atas dasar itu, Mohamad Hasan tidak begitu bersetuju dengan kerjasama UMNO-PPBM pada PRN Melaka sebagai menghormati kehendak akar umbi dan memandangkan PPBM dan UMNO tidak akan bekerjasama pada PRU15.

Ismail Sabri dikatakan bertindak sebagai orang tengah dalam rundingan tersebut, yang diadakan selepas beberapa bahagian UMNO di Melaka memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRN Melaka.
Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, Mohamad Ali Mohamad, yang berkata ianya bagi menghormati kehendak akar umbi parti dan juga kerana faktor lain yang menyebabkan kerjasama PPBM dan UMNO mustahil.
“Keputusan ini adalah atas kehendak akar umbi. Ini adalah pendirian terakhir kami, bermakna kami tidak akan mengadakan sebarang perbincangan atau hubungan lagi dengan Bersatu,” katanya pada sidang media di Melaka semalam.
Menurut perkhabaran, Mohamad Hasan lebih cenderung ke arah keputusan yang dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO yang menetapkan bahawa UMNO dan PPBM tidak boleh bekerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Atas dasar itu, Mohamad Hasan tidak begitu bersetuju dengan kerjasama UMNO-PPBM pada PRN Melaka sebagai menghormati kehendak akar umbi dan memandangkan PPBM dan UMNO tidak akan bekerjasama pada PRU15.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO