‘Muhyiddin mahu Faizal Azumu jadi TPM’

Muhyiddin didakwa mahu Ahmad Faizal Azumu jadi TPM kerana dia timbalan presiden PPBM (Bersatu). Sumber (gambar): Fail TTF

ءمحي الدين ماهو فيزال ازومو جادي تڤي عيمء

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dikatakan menamakan Ahmad Faizal Azumu sebagai timbalan perdana menteri dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi.

Katanya, menamakan Faizal mengisi kedudukan nombor dua itu adalah bersesuaian dengan kedudukannya sebagai timbalan presiden Bersatu.

Puad juga mendakwa Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan sedang “bersaing” untuk mengisi jawatan menteri perusahaan perladangan dan komoditi, yang kini masih dipegang Zuraida Kamaruddin.

Pada 2 Jul, Muhyiddin berkata, beliau bertemu Ismail beberapa hari sebelum itu untuk membincangkan pelantikan dalam Jemaah Menteri, termasuk jawatan timbalan perdana menteri yang menurutnya berkait dengan perjanjian Perikatan Nasional (PN) dengan perdana menteri.


PETALING JAYA: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dikatakan menamakan Ahmad Faizal Azumu sebagai timbalan perdana menteri dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi.

Katanya, menamakan Faizal mengisi kedudukan nombor dua itu adalah bersesuaian dengan kedudukannya sebagai timbalan presiden Bersatu.




“Katanya Muhyiddin mahu Ahmad Faizal Azumu jadi TPM kerana dia timbalan presiden PPBM (Bersatu). Bukan Azmin Ali. Azmin mesti marah. Politik bertambah tidak stabil,” katanya dalam Facebook.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Dalam hantaran berkenaan, Puad juga mendakwa Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Faysal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan sedang “bersaing” untuk mengisi jawatan menteri perusahaan perladangan dan komoditi, yang kini masih dipegang Zuraida Kamaruddin.

BACA JUGA: LOGIK KERAJAAN CACAT

Pada 2 Jul, Muhyiddin berkata, beliau bertemu Ismail beberapa hari sebelum itu untuk membincangkan pelantikan dalam Jemaah Menteri, termasuk jawatan timbalan perdana menteri yang menurutnya berkait dengan perjanjian Perikatan Nasional (PN) dengan perdana menteri.

“Saya membangkitkan beberapa isu penting termasuk pelantikan kerajaan dan bukan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan sedia ada. Pelantikan baharu perlu dipertimbangkan berdasarkan persetujuan PN dengan perdana menteri,” katanya.

Jawatan Zuraida kekal dituntut untuk diserahkan semula kepada Bersatu memandangkan jawatan menteri itu merupakan kuota parti berkenaan. Zuraida keluar parti itu pada 26 Mei untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...