
“Muhyiddin turut lupa bagaimana seorang menteri Perikatan Nasional tergamak memperdaya parlimen dan rakyat sambil membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”
Raggie Jessy Rithaudeen
محي الدين لوڤا ڤريستيوا ءبرسجارهء منتري ڤريكتن ناسيونل منيڤو ڤرليمين، رعيت
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungannya tidak akan mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hal manifesto.
Muhyiddin menyorot bahawa Mahathir, ketika menjadi perdana menteri untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga 2020, telah berkata bahawa manifesto “bukan kitab suci”.
“Kita bukan Pakatan Harapan. Zaman PH, mereka janji bulan dan matahari tetapi kemudian Dr Mahathir kata manifesto tidak perlu dipatuhi.
“Kami tidak akan tipu rakyat Malaysia” katanya.
Namun, Muhyiddin lupa bahawa janji-janji manifesto Pakatan Harapan dilafazkan oleh dirinya sendiri menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 selaku “Presiden sebuah parti komponen Pakatan Harapan.”
Malah, setelah Pilihan Raya Umum ke-14, Muhyiddin dilantik sebagai menteri dan bersetuju secara kolektif dengan barisan Jemaah Menteri kerajaan pimpinan Pakatan Harapan bahawa mustahil semua janji manifesto dapat dipenuhi.
Ini kerana Barisan Nasional banya menyorok fakta dan maklumat, seperti hutang sebenar negara yang mencecah RM1 trilion, yang hanya diketahui oleh Pakatan Harapan selepas mengambil alih tampuk kepimpinan negara.
Muhyiddin turut lupa bagaimana seorang menteri Perikatan Nasional tergamak memperdaya parlimen dan rakyat sambil membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Utama Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada 26hb Julai 2021, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan memperdaya Dewan Rakyat dengan dakwaan kononnya kerajaan persekutuan telah ‘membatalkan’ semua peraturan ordinan darurat.
Perkara ini terbukti tidak benar apabila Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan yang dibuat oleh Takiyuddun di Parlimen walhal pembatalan belum lagi diperkenan.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuatkuasa 21 Julai 2021 telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen.
Insiden ini bukan hanya mencemarkan kemuliaan institusi Diraja dan Parlimen, ianya mempamirkan sikap tidak beradab, sombong dan durhaka pemimpin-pemimpin Perikatan Nesional yang terus berdiam diri dan tidak mengambil iktibar daripada titah Yang Di-Pertuan Agong untuk memperbetulkan keadaan.
Inilah rupa sebenar Perikatan Nasional yang diagung-agungkan Muhyiddin.
WAJIB BACA:
LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK ATAS FITNAH BERHUBUNG RCI FOREX
