Muhyiddin hampa ‘dianaktirikan’ Mahathir, Syed Saddiq kecewa dikhianati ‘ayahnya’

Muhyiddin merupakan ahli kumpulan yang mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebuah parti bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam yang diketuai bekas-bekas pemimpin UMNO yang samada dipecat atau keluar parti. Sumber (gambar): Fail TTF

محي الدين همڤا ءدياناقتيريكنء محضير، سيد سددق كچيوا دخيانتي ءايهڽء

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membidas Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bersekutu dengan puak “kleptokrat” walaupun pernah berikrar untuk melawan puak berkenaan.

“Apa yang menyedihkan saya hari ini, pemimpin saya sendiri, yang macam ayah saya sendiri memutuskan untuk membuka pintu kerajaan Malaysia dan demokrasi kepada kleptokrat sama yang pernah mengancam saya dan keluarga saya, kleptokrat sama yang memecat beliau dan mengancam keluarganya.

“Sekarang (beliau telah) meletakkan dirinya sejajar dengan (mereka),” Saddiq dilaporkan sebagai berkata.

Sejak pertengahan tahun 2018 lagi, TTF diberitahu bahawa Muhyiddin kecewa kerana diketepikan oleh Mahathir bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri biarpun sudah lama berjuang sebagai “orang Mahathir” dalam UMNO.

TTF difahamkan bahawa kekecewaan itu ada hubungkaitnya dengan pemecatan Muhyiddin dari UMNO dan kerajaan pada tahun 2015 akibat kelantangan beliau mengkritik kerajaan atas pentas yang sama dengan DAP.


PETALING JAYA: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membidas Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bersekutu dengan puak “kleptokrat” walaupun pernah berikrar untuk melawan puak berkenaan.

Menurut sebuah portal berita, Saddiq ditanya oleh pengacara Mehdi Hasan dalam wawancara bersama program UpFront Al Jazeera berkenaan perubahan hala tuju dan kesetiaan politik Muhyiddin dan bagaimana beliau sampai ke tampuk kekuasaan negara.




“Beliau macam ayah saya sendiri. Salah satu sebab kenapa saya menyertai politik ialah kerana beliau.

“Beliau ialah antara orang yang lantang bersuara menentang kleptokrat global, yang pernah dipecat oleh partinya Umno kerana lantang melawan kleptokrat global.

“Apa yang menyedihkan saya hari ini, pemimpin saya sendiri, yang macam ayah saya sendiri memutuskan untuk membuka pintu kerajaan Malaysia dan demokrasi kepada kleptokrat sama yang pernah mengancam saya dan keluarga saya, kleptokrat sama yang memecat beliau dan mengancam keluarganya.

“Sekarang (beliau telah) meletakkan dirinya sejajar dengan (mereka),” Saddiq dilaporkan sebagai berkata.

Saddiq sebelum ini pernah membuat posting di mana beliau menceritakan perihal pengaruh Muhyiddin dalam keputusannya untuk menceburi bidang politik.

Muhyiddin merupakan ahli kumpulan pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebuah parti bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam yang diketuai oleh bekas-bekas pemimpin UMNO yang samada dipecat ataupun keluar dari parti.

Sejak pertengahan tahun 2018 lagi, TTF diberitahu bahawa Muhyiddin kecewa kerana diketepikan oleh Mahathir bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri biarpun sudah lama berjuang sebagai “orang Mahathir” dalam UMNO.

Loading...

TTF difahamkan bahawa kekecewaan itu mungkin ada hubungkaitnya dengan pemecatan Muhyiddin dari UMNO dan kerajaan pada tahun 2015 akibat kelantangan beliau mengkritik kerajaan atas pentas yang sama dengan DAP.

Pada ketika itu, Muhyiddin bergelar Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apabila Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara, Muhyiddin hanya diberikan jawatan Menteri Dalam Negeri, satu penurunan dari jawatannya ketika berada dalam UMNO.

Berikutan peletakan jawatan Mahathir pada 24hb Februari lalu, Muhyiddin membawa kepimpinan pusat Bersatu bergabung dengan Barisan Nasional, PAS, Gabungan Parti Sarawak dan ahli-ahli parlimen PKR pimpinan Datuk Seri Azmin Ali untuk membentuk Perikatan Nasional (PN), sekaligus membawa kepada keruntuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Sejak itu, Mahathir dan pemimpin Pakatan yang lain mula menggelar Muhyiddin sebagai pengkhianat.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...