محي الدين ڬاڬل نافي كموڠكينن بكرجاسام دڠن بن سلڤس ڤرو15 جك ڤن تيدق چوكوڤ كروسي
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin, gagal menafikan kemungkinan gabungan yang diterajuinya akan bekerjasama dengan Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Ini menjadi nyata apabila mengkaji kenyataan Muhyiddin berhubung dakwaan Takiyuddin Hassan tidak menolak kemungkinan PN akan membentuk kerajaan dengan BN sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian pada PRU15.
Muhyiddin sekadar menafikan bahawa Takiyuddin tidak pernah diberi mandat untuk berunding dengan BN.
Ini bermakna, sekiranya PN tidak memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, tidak mustahil Muhyiddin akan mengusulkan kerjasama dengan BN.

TONTON: BN, PN, PH TAKUT DENGAN PENDEDAHAN SAYA DI LANGKAWI
TONTON JUGA: SEBAB ZAHID, ANWAR AMAT TAKUT DENGAN KEMENANGAN TUN M DI LANGKAWI
“Tujuan PN bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan BN atau Pakatan PH.
“Saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional tidak pernah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan BN bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15.
“Saya berdoa dengan izin Allah SWT dan sokongan padu rakyat, PN akan memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri yang terlibat dalam PRU15,” katanya.
Ini bermakna, sekiranya PN tidak memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, tidak mustahil Muhyiddin akan mengusulkan kerjasama dengan BN.
Sekiranya kerjasama ini berlaku, PRU15 akan menjadi sia-sia, kerana rakyat Malaysia akan disajikan kembali dengan formula sama yang menjadi punca PRU15 diawalkan.
RJ RITHAUDEEN