“Ya, mungkin sudah tiba masanya saya berdiam diri.” TONTON: JANGAN TERTIPU SEKALI LAGI (KLIK DI SINI)
Raggie Jessy Rithaudeen
Kita merungut bila Azam Baki kekal sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM walaupun beliau melanggar undang-undang membabitkan pembelian dan pemilikan saham.
Kita marah bila Pakatan Harapan meneruskan khidmat Azam Baki walaupun sebelum PRU15 gabungan itu berjanji ‘menangkap’ Azam Baki kerana melakukan jenayah.
Adakah rungutan dan kemarahan kita mengubah apa-apa?
Tidak.
Kita merungut bila Zahid Hamidi tidak disiasat atau didakwa walaupun pemimpin Pakatan Harapan sendiri membuktikan penglibatannya dalam skandal LCS.
Kita marah bila Pakatan Harapan ‘menaikkan’ Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun pelantikan itu merisikokan tekanan terhadap Peguam Negara dan Mahkamah untuk melepaskan beliau daripada 47 pertuduhan jenayah.
Adakah rungutan dan kemarahan kita mengubah apa-apa?
Tidak.
TONTON: JANGAN TERTIPU SEKALI LAGI (KLIK DI SINI)
Kita merungut bila pemimpin blok kerajaan, khususnya DAP, menyembur racun berbisa yang bersifat rasis lampau dan bersempadankan anti-Islam, anti-Muslim.
Kita marah bila pemimpin ini dibiarkan begitu sahaja sedangkan pemimpin pembangkang yang memperjuangkan hak Melayu-Islam secara berperlembagaan disiasat dan disoal berulang kali.
Adakah rungutan dan kemarahan kita mengubah apa-apa?
Tidak.
Barangkali kita ini terlalu bising dan terlalu beremosi.
Ahli parlimen dari UMNO yang dikatakan ‘anti-Zahid’ dan ‘anti-PH’ pula duduk diam dan memerhati sahaja bila rakyat dizalimi.
Begitu juga ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang ‘tiada masalah’ bila sistem keadilan negara bertukar menjadi luar tabii.
Ahli-ahli parlimen ini terus-menerus menikmati elaun tebal dengan hanya berdiam diri sambil memerhati manusia kurang cerdik seperti saya menyiksa diri memperjuangkan kebenaran.
Bila sampai pilihan raya, orang macam saya memberi harapan kepada pengundi bahawa ahli-ahli parlimen yang berfikiran waras akan bertindak mencetuskan perubahan “demi Agama, Bangsa dan Negara.”
Barangkali orang macam saya ini terlalu bodoh dan bising.
Yang tiada jawatan mahupun elaun tebal bertungkus lumus memperjuangkan kebenaran, namun yang duduk di kerusi empuk parlimen seolah-olah memperjuangkan poket masing-masing.
Barangkali pendekatan yang betul ialah untuk kita berdiam diri, agar bila pengundi sudah tidak tahan dengan kezaliman kerajaan, mereka akan sedar bahawa terlalu ramai ahli parlimen hanya mementingkan wang dan kedudukan daripada perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.
Mungkin dengan kesedaran ini pengundi akan membuang ahli-ahli parlimen tunggul kayu pada PRU16 dan tidak lagi berpegang pada nostalgia atau harapan palsu.
Ya, mungkin sudah tiba masanya saya berdiam diri.
TONTON: JANGAN TERTIPU SEKALI LAGI (KLIK DI SINI)
