ءمواو ڤه-كراجأن تربطل، بوات ڤرسياڤن ڤرو15ء – اننوار
Tan Sri Annuar Musa berpendirian bahawa memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai Pakatan Harapan (PH) dan Putrajaya terbatal selepas Pakatan Harapan menolak usul kerajaan di Dewan Rakyat.
Dalam catitan di Facebook, Annuar berkata, penolakan usul itu bermakna Pakatan Harapan telah melanggar perjanjian “menyokong atau berkecuali” yang termaktub dalam Perkara 3.3(b) MoU yang ditandatangani.
“Ini akan memudahkan lagi tanggungjawab Perdana Menteri (dengan perkenan YDPA) melaksanakan mandat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) terutama berkaitan pembubaran parlimen.
“Ianya juga membolehkan kita segerakan Pilihan Raya Umum, selari dgn keputusan PAU tempoh hari.
Gantung MOU! Jom!… Kita buat persiapan dan bersedia untuk PRU 15.”

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Perkara 3.3(b) MOU antara Pakatan Harapan dan YB PM (kerajaan) menyebut bahawa pihak Pakatan Harapan bersetuju akan “mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam apa apa usul yang di kemuka oleh kerajaan.”
TONTON: NAJIB KOYAK TERUS
Eertinya, Pakatan Harapan berjanji tidak akan menolak usul kerajaan.
“Namun hari ini, pihak Pakatan Harapan telah melanggar MOU tersebut, dengan secara mengejut meminta undi belah bagi, bagi satu usul yang dibawa oleh Menteri KDN, dimana pihak Pakatan Harapan telah mengundi menolak usul tersebut.
“Pada hemat saya, dengan tindakan itu, maka terbatal sudah MOU berkenaan,” Annuar menulis.
Annuar merujuk kepada usul yang dibawa oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama lima tahun lagi bermula 31 Julai.
Menurut laporan media, usul itu gagal mendapat sokongan apabila 86 Ahli Parlimen mengundi menentang dan 84 lagi menyokong, manakala 50 Ahli Parlimen tidak hadir.
Subseksyen 4(5) SOSMA membolehkan polis menahan tanpa bicara seseorang yang disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan untuk tempoh tidak melebihi 28 hari bagi siasatan.
Menurut Annuar, kegagalan usul itu merupakan “blessing in disguise,” kerana Perdana Menteri kini bebas untuk membatal atau menggantung pelaksanaan MOU yang dimaksudkan.
“Ini akan memudahkan lagi tanggungjawab Perdana Menteri (dengan perkenan YDPA) melaksanakan mandat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) terutama berkaitan pembubaran parlimen.
“Ianya juga membolehkan kita segerakan Pilihan Raya Umum, selari dgn keputusan PAU tempoh hari.
Gantung MOU! Jom!… Kita buat persiapan dan bersedia untuk PRU 15.”
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
RUU Anti Lompat tak boleh halang kerjaan tumbang, tak boleh tarik pengundi