Mohamad Sabu bersedia masuk perjanjian dengan Ismail Sabri?

“Jika Najib dan Zahid mendakwa kerajaan kini ‘terancam’, ikutkan logik mereka sendiri, Ismail Sabri perlu menangkis ancaman ini dengan cara yang seakan-akan sama, iaitu memasuki perjanjian baharu bersama Pakatan Harapan.

Raggie Jessy Rithaudeen

محمد سابو برسديا ماسوق ڤرجنجين دڠن اسماعيل صبري؟

Presiden Amanah Mohamad Sabu memberi gambaran bahawa AMANAH bersedia untuk memasuki perjanjian baru dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Dalam satu kenyataan, Mohamad berkata, dia akan menangguhkan pilihan raya umum ke-15 sehingga habis penggal pada Jun tahun depan sekiranya dia merupakan perdana menteri.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Jadi kalau tak ada pilihan raya bulai Julai, serah pada PM lah nak lanjut (perjanjian) atau tidak,” katanya.

Memandangkan MoU yang dimasuki oleh Pakatan Harapan bersama kerajaan tidak mempunyai tarikh tamat dan hanya terbatal sekiranya parlimen dibubarkan, kenyataan ini seolah-olah satu pelawaan untuk memasuki perjanjian baharu bersama Pakatan Harapan.

Sebelum ini, saya menegaskan bahawa Pakatan Harapan tidak bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan berkebarangkalian tinggi akan bersetuju untuk memasuki perjanjian baharu bersama kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Memandangkan kerajaan kini ‘terancam’ dengan tindak-tanduk Kluster Mahkamah UMNO, Ismail Sabri boleh sahaja memasuki perjanjian baharu untuk menghembangkan majoritinya.

Caranya, semua ahli parlimen Pakatan Harapan perlu menyokong Ismail Sabri secara langsung sebagai Perdana Menteri, dan sebagai ‘ganjaran’, lima hingga enam ahli parlimen Pakatan Harapan boleh dibawa masuk kerajaan bagi menggantikan menteri dan timbalan menteri UMNO yang memihak kepada Kluster Mahkamah.

Sekiranya Ismail Sabri tidak melibatkan DAP dalam kerajaan, menteri-menteri PAS dan PPBM dijangka tidak menolak kerjasama ini kerana Perikatan Nasional turut tidak tidak bersedia untuk menghadapi PRU.

Menerusi langkah ini, kerajaan pimpinan Ismail Sabri akan menjadi kukuh dan sukar ditumbangkan biarpun kem Kluster Mahkamah (ahli-ahli parlimen Kluster Mahkamah dan sekutu mereka) bertindak menarik sokongan daripada kerajaan.

Loading...

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh menuduh Ismail Sabri melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip parti, kerana sebelum ini, kedua-dua mereka bersetuju bila Ismail Sabri memasuki MoU bersama Pakatan Harapan untuk menangkis ancaman terhadap kerajaan.

Maka jika Najib dan Zahid mendakwa kerajaan kini ‘terancam’, ikutkan logik mereka sendiri, Ismail Sabri perlu menangkis ancaman ini dengan cara yang seakan-akan sama, iaitu memasuki perjanjian baharu bersama Pakatan Harapan.

Khamis lalu, saya menulis:

Tidakkah Najib dan Zahid sedar bahawa UMNO sekadar parti politik dan tidak berhak menekan Perdana Menteri atau kerajaan untuk membubarkan parlimen?

UMNO perlu faham perbezaan peranan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dan sebagai ahli Majlis Kerja Tinggi (MKT).

Sebagai ahli MKT, Ismail Sabri tertakluk kepada keputusan atau ketetapan badan penggubal dasar parti itu.

Namun, sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri bertanggungjawab sepenuhnya kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Kabinet Persekutuan, dan sebarang ketetapan UMNO berhubung perkara di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan kerajaan hanya boleh diterima sebagai cadangan, tidak lebih dari itu.

Tidakkah Najib dan Zahid faham perkara asas ini?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...