Bagaimana kerajaan tiba-tiba boleh menjual beras import sebagai beras rahmah, dan siapa yang tanggung kerugian? TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
Raggie Jessy Rithaudeen
Malaysia mengimport beras daripada India, Pakistan, Vietnam dan Thailand.
Beras yang di import puratanya 750,000 tan metrik setahun, atau lebih 30% daripada jumlah yang di perlukan bagi kegunaan tempatan.
Pada 2021, beras import dari India bernilai 207 juta dolar AS, diikuti Vietnam (138 juta dolar AS), Pakistan (127 juta dolar AS), Thailand (66.3 juta dolar AS) dan Cambodia (29.1 juta dolar AS).
Pendek kata, bagi kategori beras import, sumber utama ialah daripada India.
TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
Pada 20 Julai 2023, India tiba-tiba mengumumkan larangan eksport beras bukan basmati, dan ini diikuti dengan peningkatan mendadak harga beras dari Vietnam, Thailand dan Pakistan, termasuk eksport beras Basmati dari India.
Susulan itu, Malaysia mengalami kekurangan serius stok beras tempatan (yang terkawal harga) .
Kalau tanya kerajaan, jawabnya berlaku “pembelian panik” beras tempatan.
Benarkah berlaku “pembelian panik” hampir 70% bekalan beras tempatan sampai beras tempatan sukar diperolehi, atau ada penjelasan lain?
Mungkinkah ada pihak tidak bertanggungjawab yang ‘menjenamakan semula’ beras tempatan dan menjualnya sebagai beras import?
Bagaimana kerajaan tiba-tiba boleh menjual beras import sebagai beras rahmah, dan siapa yang tanggung kerugian?
TONTON PENJELASAN PENUH DI SINI (KLIK DI SINI)
