
مشوارت مجليس ترتيڠڬي باريسن ناسيونل مالم اين موڠكين بطل سبب ڤريسيدن ميچ ءتيدق تاهو اد مشوارتء
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan malam ini mungkin dibatalkan.
Ia selepas ada parti komponen BN dilapor tidak dapat hadir pada mesyuarat tersebut.
Malaysiakini melaporkan, Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata, dia tidak tahu-menahu berhubung mesyuarat tersebut.
“Saya tidak tahu, saya tidak sihat. Biar saya bercakap dengan mereka dulu.”
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan malam ini mungkin dibatalkan.
Ia selepas ada parti komponen BN dilapor tidak dapat hadir pada mesyuarat tersebut.
“Ini masih lagi spekulatif. Ia bukan isu korum. Korum mungkin cukup. Tetapi ia lebih kepada rasa hormat (courtesy) dalam kalangan komponen.
“Kita mahukan semua parti berada bersama dalam mesyuarat BN,” kata sumber yang merupakan pemimpin kanan sebuah parti komponen BN ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
BACA JUGA: BUKAN HANYA TAJUDDIN, NAJIB SENDIRI TERLIBAT DALAM USAHA JATUHKAN ZAHID TAHUN LEPAS ATAS DESAKAN ROSMAH
Bagaimanapun, sehingga laporan ini dikeluarkan, Astro AWANI masih menunggu pengesahan sama ada mesyuarat tersebut diteruskan ataupun tidak.
Malaysiakini melaporkan, Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran berkata, dia tidak tahu-menahu berhubung mesyuarat tersebut.
“Saya tidak tahu, saya tidak sihat. Biar saya bercakap dengan mereka dulu.
“Biar saya cakap dengan MCA dulu,kerana ada perubahan (pada agenda). Saya akan bercakap dengan Pengerusi BN dahulu,” ujar beliau seperti dilapor Malaysiakini pada Isnin.
Sumber:
