Menteri Pendidikan (PKR) dakwa kerajaan tidak utamakan pengiktirafan UEC, namun ini bercanggah dengan manifesto PH

Fadhlina merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sumber (gambar): Harían Metro

منتري ڤنديديقن ﴿ڤقر﴾ دعوا كراجأن تيدق اوتاماكن ڤڠيعترافن اوايك، برچڠڬه دڠن مانيفيستو ڤه

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melihat usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dibangkitkan beberapa pihak sebagai keutamaan ketika ini.

Ini menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang berkata, pendirian itu berikutan Kementerian Pendidikan (KPM) masih berpegang teguh pada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996.

Namun, jawapan Fadhlina dilihat bercanggah dengan janji Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya ke-15 untuk berusaha mengiktiraf sijil UEC.

Anehnya, Fadhlina merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan sejak Julai 2022. 

“Sehingga kini KPM tidak mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC), dan KPM tidak melihat isu berbangkit tentang perkara itu sebagai keutamaan.

“Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 yang sentiasa menjadi pegangan KPM,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

TONTON: LAPORAN POLIS TERHADAP ZAHID, ANWAR, PH, BN

Fadhlina berkata demikian sebagai menjawab soalan Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang), yang bertanya apakah pendirian kementerian itu terhadap pengiktirafan UEC dan permohonan untuk menginstitusikan peruntukan kepada SMPC.

Namun, jawapan Fadhlina dilihat bercanggah dengan janji Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya ke-15 untuk berusaha mengiktiraf sijil UEC.

Ini terkadung dalam muka 55 dokumen “Tawaran Pakatan Harapan” bertema “Kita Boleh,” di mana Pakatan Harapan berjanji untuk meneruskan usaha mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Anehnya, Fadhlina merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebuah parti komponen Pakatan Harapan sejak Julai 2022.

THE THIRD FORCE

Loading...

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...