
منتري بسر قدح ﴿ڤاس﴾ تودوه نيتيزين لبيه-لبيه، دعوا راماي لاڬي ماتي سبب ديڠڬي بربنديڠ چوۏيد-19
YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor meminta masyarakat supaya tidak keterlaluan mengecam individu yang positif Covid-19.
Menerusi kenyatan yang dimuat naik ke Facebook beliau, Haji Sanusi berkata, sesetengah pihak memandang buruk individu yang positif seperti berbuat kesalahan jenayah yang besar termasuk kecaman terhadap Menteri Hal Ehwal Agama Senator Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri yang disahkan positif Covid-19.
Sanusi berkata, lebih ramai orang mati daripada Denggi, H1N1, Malaria, taun dan lain-lain berbanding Covid-19.
Walaubagaimanapun, kecaman netizen bukanlah disebabkan wujudnya pandemic Covid-19 tetapi kegagalan pemimpin-pemimpin pentadbiran sendiri mematuhi SOP di merata-rata, khususnya ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.
Sansusi juga gagal memahami kemarahan netizen terhadap seorang Menteri dari PAS yang melanggar SOP tetapi didewa-dewakan oleh kepimpinan pusat parti sebagai ‘hero’ dengan memetik kisah Al-Quran.
PETALING JAYA: YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor meminta masyarakat supaya tidak keterlaluan mengecam individu yang positif Covid-19.
Menerusi kenyatan yang dimuat naik ke Facebook beliau, Haji Sanusi berkata, sesetengah pihak memandang buruk individu yang positif seperti berbuat kesalahan jenayah yang besar, termasuk kecaman terhadap Menteri Hal Ehwal Agama Senator Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad al Bakri yang disahkan positif Covid-19.
“Tetapi apabila sudah terkena nak buat macam mana. Kena Covid-19 bukan dosa besar atau buat kesalahan jenayah”, katanya.
Katanya lagi, tiada sesiapa pun yang mahu dijangkiti wabak tersebut.
“Mereka yang positif bukannya seperti dijangkiti Aids yang berpunca dari seks songsang, cucuk jarum dadah yang salah di sisi agama dan undang-undang,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat Ecxo di Wisma Darul Aman, sebentar tadi.
Sanusi berkata, lebih ramai orang mati daripada Denggi, H1N1, Malaria, taun dan lain-lain berbanding Covid-19.
Sanusi menuduh netizen menimbulkan stigma negative terhadap pentadbiran disebabkan wabak Covid-19 dan mendakwa ini tidak patut sebab jangkitan Covid-19 bukan dosa, tetapi pandemic.
Walaubagaimanapun, kecaman netizen bukanlah disebabkan wujudnya pandemik Covid-19, tetapi kegagalan pemimpin-pemimpin pentadbiran sendiri mematuhi SOP di merata-rata, khususnya ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sabah.
Netizen turut marah dengan sikap rakus kuasa kepimpinan pusat yang sibuk bercatur untuk tumbangkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipilih secara demokratik, termasuk di Kedah, tatkala rakyat alami kesusahan disebabkan wabak Covid-19.
Sansusi juga gagal memahami kemarahan netizen terhadap seorang Menteri dari PAS yang melanggar SOP tetapi didewa-dewakan oleh kepimpinan pusat parti sebagai ‘hero’ dengan memetik kisah Al-Quran.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
