“Saya percaya kenyataan Wee dan Mah merupakan kata dua yang disampaikan secara halus kepada UMNO, khususnya, presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.” SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI.
Raggie Jessy Rithaudeen
MCA bersedia untuk bergerak sendiri jika mana-mana parti dalam Barisan Nasional memutuskan untuk secara rasmi membentuk hubungan baharu dan meminggirkan sekutu dalam gabungan itu.
Perkara ini dinyatakan oleh presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, sehari selepas timbalannya, Datuk Dr Mah Hang Soon, mengesahkan bahawa tidak ada keperluan untuk MCA dan DAP bekerjasama secara menyeluruh.
Menurut Wee, landskap politik menyaksikan perubahan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), yang mengubah dinamik dalaman parti komponen BN.
“Terdapat cabaran yang jelas terhadap semangat muafakat yang dipegang sebelum ini,” katanya.
Saya percaya kenyataan Wee dan Mah merupakan kata dua yang disampaikan secara halus kepada UMNO, khususnya, presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
Setakat ini, kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan didirikan atas alasan Yang Di-Pertuan Agong bertitah agar ditubuhkan kerajaan perpaduan.
Alasan ini kerap kali digunakan oleh sekutu Zahid dalam UMNO, walaupun titah itu pada dasarnya berupa cadangan dan bukannya arahan.
Hakikatnya, kesemua ahli parlimen Barisan Nasional bersetuju untuk tidak menjadi sebahagian daripada kerajaan sehari sebelum Zahid menghadap Yang Di-Pertuan Agong.
Namun, pada keesokan hari, Zahid menulis dalam warkahnya kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa kesemua ahli parlimen Barisan Nasional menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Apabila perkara ini didedahkan oleh Tan Sri Annuar Musa, ramai ahli parlimen Barisan Nasional naik berang dan menuntut agar Zahid meletak jawatan sebagai pengerusi Barisan Nasional.
Kepemimpinan tiga parti komponen Barisan Nasional, termasuk MCA, mengemukakan ketetapan undi tidak percaya terhadap Zahid susulan tindakannya yang didakwa mengkhianati keputusan yang dicapai menerusi mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.
Saya percaya keputusan MCA untuk samada kekal bersama atau keluar Barisan Nasional akan diketahui sebelum…
SAKSIKAN PENJELASAN PENUH, KLIK DI SINI
