RAGGIE JESSY RITHAUDEEN
TONTON LIVE ASAL DI SINI
MB Selangor Amirudin Shaari wajib menjelaskan pendedahan yang mengaitkannya dengan skandal tanah Selangor bernilai RM10 bilion, didakwa membabitkan sebuah syarikat yang terlibat dengan aktiviti judi, Berjaya Group.
Sepintas lalu, seorang aktivis mendedahkan bahawa Amirudin dan seorang EXCO kerajaan Selangor bernama Izham bin Hashim memegang saham dalam Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB), sebuah syarikat yang asalnya didakwa milik kerajaan Selangor.
Namun, menurut aktivis tersebut, syarikat itu bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, kerana 55 peratus saham syarikat itu dipegang oleh Berjaya Land Berhad, anak syarikat Berjaya Group milik Vincent Tan.
Kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh Amirudin sendiri didakwa memberikan projek membersihkan Sungai Kelang kepada LLBSB tanpa menerusi tender terbuka biarpun Amirudin duduk dalam syarikat itu.
LLBSB pula didakwa memiliki 600 ekar tanah (bernilai RM10 bilion) menerusi projek ini.
Sekiranya benar, ada kemungkinan telah berlaku salah guna kedudukan dan gejala rasuah membabitkan Amirudin, EXCO kerajaan Selangor dan Berjaya Land Berhad dan/atau Berjaya Group yang wajib disiasat.
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
#PMX #Anwar #PRN #Amirudin
