Masuk minggu ke-5 ‘Pelan Pemulihan Negara’, angka Covid-19 melonjak naik melebihi 6,000 kes

Lockdown yang dilaksanakan kali ini jauh lebih longgar daripada Perintah Kawalan Pertama yang dilaksanakan Mac tahun lalu. Pada ketika itu, jumlah kes harian tidak pernah mencecah angka 500. Sumber (gambar): Fail TTF

ماسوق ميڠڬو ك-5 ءڤلن ڤموليهن نڬاراء، اڠك چوۏيد-19 ملونجق ناءيق ملبيهي 6،000 كيس

Sertai INSTAGRAM TTF di sini

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 6,276 kes baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan, ini merupakan hari kedua berturut-turut jangkitan direkodkan melebihi 6,000.

Kerajaan tidak berminat untuk mendengar nasihat pakar dan terus menerus mengulangi sesuatu yang terbukti gagal biarpun kegagalan ini menyebabkan beratus ribu peniaga kecil dan sederhana besar terpaksa gulung tikar.

Situasi ini membabitkan lebih sejuta rakyat Malaysia yang hilang sumber pendapatan dan ada diantaranya dibebani hutang keliling pinggang sehingga mengalami kemurungan dan bertindak membunuh diri.


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak 6,276 kes baru Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan, ini merupakan hari kedua berturut-turut jangkitan direkodkan melebihi 6,000.




Selangor melaporkan 2,836 kes harian, yang merupakan angka tertinggi di negeri ini sejak 3 Jun.

Apa yang membimbangkan, hampir satu daripada setiap lima kes baru di Selangor hanya dikesan selepas mangsa mengalami gejala. Kes-kes ini bukan daripada kontak rapat atau kluster sedia ada.

Isnin lalu, TTF menulis:

“Total Lockdown” yang dilaksanakan bukannya lockdown dalam ertikata yang sebenar dan gagal sepenuhnya walaupun sudah dilaksanakan selama empat minggu.

Ini kerana kerajaan telah memberi kelongggaran kepada lebih seratus ribu syarikat dan kilang untuk beroperasi biarpun sebahagian besar kluster-kluster Covid-19 yang muncul adalah daripada sektor-sektor yang berkait dengan syarikat-syarikat berkenaan.

Pada hari pertama Total Lockdown (1hb June 2021), Malaysia merekodkan 7,105 kes baharu jangkitan. Pada hari ke-enam minggu kedua, sebanyak 5,302 kes harian direkodkan.

Angka ini hampir tidak berubah pada hari ke-enam minggu ketiga (5,293 kes), manakala semalam, sehari sebelum tamat minggu keempat fasa pertama Pelan Pemulihan Negara, jumlah kes harian melonjak ke 5,586.

Loading...

Data ini menunjukkan bahawa lockdown yang dilaksanakan tidak berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 dengan berkesan.

Seandainya kerajaan menutup terus semua sektor ekonomi, mustahil kita akan melihat angka-angka sebegini.

Setakat mana yang saya lihat, perlaksanaan “Total Lockdown” memerlukan penutupan hampir seluruh sektor perdagangan, perniagaan dan perindustrian, melainkan yang benar-benar perlu bagi kelangsungan hidup.

Itu pun, rakyat seharusnya tidak dibenarkan keluar rumah di kawasan-kawasan berisiko tinggi, dan urusan membawa makanan kepada rakyat perlu diuruskan oleh kerajaan di kawasan-kawasan berkenaan.

Di kawasan di mana rakyat dibenarkan keluar rumah untuk membeli makanan, perlu ada pengawal-pengawal (dari rela, tentera dan sebagainya) di semua kawasan perniagaan bagi memastikan SOP dikawal ketat.

Itu baru “Total Lockdown” namanya.

Malangnya, kerajaan tidak berminat untuk mendengar nasihat pakar dan terus menerus mengulangi sesuatu yang terbukti gagal biarpun kegagalan ini menyebabkan beratus ribu peniaga kecil dan sederhana besar terpaksa gulung tikar.

Situasi ini membabitkan lebih sejuta rakyat Malaysia yang hilang sumber pendapatan dan ada diantaranya dibebani hutang keliling pinggang sehingga mengalami kemurungan dan bertindak membunuh diri.

Lockdown yang dilaksanakan kali ini jauh lebih longgar daripada Perintah Kawalan Pertama yang dilaksanakan Mac tahun lalu. Pada ketika itu, jumlah kes harian tidak pernah mencecah angka 500.

Fakta sains dan penemuan pakar-pakar kesihatan menunjukkan, jika seluruh rakyat Malaysia dipaksa duduk rumah, mustahil penularan wabak Covid-19 tidak dapat diturunkan ke tahap tiga atau dua digit selepas empat minggu.

Namun, disebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mampu mengawal menterinya dan disebabkan ada menteri yang sanggup memberi kelonggaran kepada beratus ribu syarikat untuk beroperasi, termasuk yang tidak membabitkan keperluan asas untuk kelangsungan hidup, kita masih didendangkan dengan angka-angka Covid-19 harian yang seakan-akan sama dengan angka-angka yang diumumkan pada minggu kedua dan ketiga.

Siapa yang seksa?

Rakyat yang seksa.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA: 

Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...