
مالوله رعيت سابه جك بنر بوڠ موكتر چالون كتوا منتري
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini didakwa mempunyai dua cadangan calon Ketua Menteri – Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Hajiji Noor.
Pada 28hb Julai 2019, Hajiji mendakwa ahli UMNO tidak lagi mempercayai parti itu kerana pemimpinnya terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.
Mungkin inilah sebabnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak terus cadangan Muhyiddin mencalonkan Hajiji sebagai Ketua Menteri dengan alasan perkara itu hanya akan diputuskan selepas pilihan raya (PRN) Sabah.
Saya difahamkan, UMNO sememangnya bercadang untuk mencalonkan Bung tetapi takut berbuat demikian sebelum PRN Sabah kerana khuatir kes rasuah yang dihadapinya akan dimainkan oleh pihak lawan.
PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini didakwa mempunyai dua cadangan calon Ketua Menteri – Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Hajiji Noor.
Bung merupakan pengerusi Barisan Nasional Sabah, salah satu parti komponen GRS, manakala Hajiji merupakan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah, juga komponen GRS.
Kalau ditanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali, Hajiji merupakan calon yang paling sesuai kerana “cara dia bercakap mantap dan mirip seorang Ketua Menteri.”
Kalau ditanya sumber dalaman dari Barisan Nasional, Bung paling layak menjadi Ketua Menteri kerana sikapnya yang mesra rakyat, berbeza dengan sikapnya di Dewan Rakyat yang “celupar dan bermulut longkang.”
Malangnya, Bung dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A Samad kini terpalit dengan skandal rasuah berjumlah RM2.8 juta dan bakal melalui proses perbicaraan di mahkamah.
Manakala itu, pada 28hb Julai 2019, Hajiji mendakwa ahli UMNO tidak lagi mempercayai parti itu kerana pemimpinnya terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.
Mungkin inilah sebabnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak terus cadangan Muhyiddin mencalonkan Hajiji sebagai Ketua Menteri dengan alasan perkara itu hanya akan diputuskan selepas pilihan raya (PRN) Sabah.
Barangkali Zahid terguris dengan cadangan Muhyiddin kerana beliau sendiri terpalit dengan skandal rasuah sepertimana Bung, sejajar dengan apa yang didakwa oleh Hajiji sebelum ini.
Saya difahamkan, UMNO sememangnya bercadang untuk mencalonkan Bung tetapi takut berbuat demikian sebelum PRN Sabah kerana khuatir kes rasuah yang dihadapinya akan dimainkan oleh pihak lawan.
RJ RITHAUDEEN
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
