Majlis Ulama Indonesia seru batal konsert Coldplay sebab unsur LGBT

Kumpulan penyanyi Coldplay disifatkan sebagai penyokong kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Sumber (gambar): Raria Media

مجليس علماء إندونيسيا سرو بطل كونسرت چولدڤلاي سبب عنصور لڬبت

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyeru kerajaan Indonesia membatalkan konsert kumpulan penyanyi Coldplay, yang disifatkan sebagai penyokong kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurut Naib Pengerusi MUI, Anwar Abbas, kerajaan seharusnya tidak hanya memikirkan soal ekonomi tetapi juga menghormati isu berkaitan akhlak, moral dan budaya bangsa yang boleh ‘terkikis’.

Manakala itu, di Malaysia, kerajaan gandingan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan beria-ia hendak Coldplay menganjurkan konsert di Malaysia, dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara peribadi mengalu-alukan kumpulan pro-LGBT itu menerusi video ringkas.

Tindakan Anwar dan kerajaan dikecam hebat oleh pelbagai kumpulan Melayu-Islam dan mendapat tentangan meluas di media sosial di kalangan netizen beragama Islam.

“Dalam Perlembagaan Indonesia Fasal 29 ayat (1) Undang-Undang dasar 1945 jelas menyatakan negara ini berdasarkan Tuhan Yang Maha Esa.

TONTON: WAJIB SIASAT – KERAJAAN KERAH TENAGA PROMOSI FILEM PROPAGANDA BERKAIT ANWAR KEPADA BUDAK SEKOLAH

“Ertinya, tidak boleh ada sebarang kegiatan yang kita lakukan bertentangan dengan ajaran agama.

“Tidak ada satu pun agama daripada enam agama utama di negara ini membenarkan dan menerima kegiatan LGBT,” katanya.

Manakala itu, di Malaysia, kerajaan gandingan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan beria-ia hendak Coldplay menganjurkan konsert di Malaysia, dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim secara peribadi mengalu-alukan kumpulan pro-LGBT itu menerusi video ringkas.

Tindakan Anwar dan kerajaan dikecam hebat oleh pelbagai kumpulan Melayu-Islam dan mendapat tentangan meluas di media sosial di kalangan netizen beragama Islam.

THE THIRD FORCE

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...