“Salinan-salinan laporan polis terhadap Dato’ Ambiga Sreenevasan (bertarikh 9/2/2019) dan Americk Singh Sidhu (bertarikh 6/3/2019) akan diserahkan secara rasmi kepada Majlis Peguam pada hari Jumaat, bersamaan 8hb Mac 2019.
“Salinan-salinan tersebut akan disertakan dengan kenyataan-kenyataan media yang telah saya buat terhadap kedua-dua yang dinamakan berhubung saman fitnah Dato’ Seri Abdul Hadi Awang terhadap Clare Rewcastle Brown di Mahakhamah Tinggi London.
“Dokumen-dokumen berkenaan akan disertakan bersama satu surat rasmi dari pihak Malaysiaku Tanahairku meminta supaya Majlis Peguam melancarkan siasatannya tersendiri dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kedua-dua mereka atas tuduhan-tuduhan yang dilemparkan sekiranya didapati benar”
RJ Rithaudeen
