
مجليس كرجا ترتيڠڬي امنو دجڠك معتمدكن ايسو كرجاسام امنو-ڤڤبم سبنتر لاڬي
Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijangka akan muktamadkan isu kerjasama UMNO-PPBM dan isu pembongkaran ‘rakaman audio Zahid’ oleh Datuk Lokman bin Noor Adam sebentar lagi
Menurut sebuah portal berita, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat MKT tersebut di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Perbincangan berhubung kemungkinan terbentuknya gabungan pemerintah baru sudah lama dibincangkan di TTF dan menjadi hangat baru-baru ini apabila Lokman mendedahkan satu rakaman audio yang didakwanya perbincangan berhubung gabungan tersebut.
Lokman tampil membidas Zahid yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi UMNO dijangka akan muktamadkan isu kerjasama UMNO-PPBM dan isu pembongkaran ‘rakaman audio Zahid’ oleh Datuk Lokman bin Noor Adam sebentar lagi
Menurut sebuah portal berita, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat MKT tersebut di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Menurut sumber, mesyuarat tersebut turut akan membincangkan cadangan pembentukan kerajaan campuran yang bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam tanpa kem Anwar dan sebilangan besar ahli parlimen DAP.
Turut hadir ke mesyuarat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan serta tiga Naib Presiden, Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta Pengerusi UMNO negeri-negeri.
Perbincangan berhubung kemungkinan terbentuknya gabungan pemerintah baru sudah lama dibincangkan di TTF dan menjadi hangat baru-baru ini apabila Lokman mendedahkan satu rakaman audio yang didakwanya perbincangan berhubung gabungan tersebut.
Lokman tampil membidas Zahid yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada 22hb Januari 2020, TTF menulis:
Tidak ada seorang pun ketua parti ataupun ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berani membuat desakan agar Mahathir berundur.
Malah, setiausaha-agung DAP merangkap Menteri Kewangan sendiri menegaskan tidak perlu diadakan mesyuarat khusus untuk membincangkan tarikh pengunduran Mahathir dari jawatan Perdana Menteri (baca artikel di bawah untuk ketahu sebabnya).
Kesemua ini membuktikan pucuk pimpinan Pakatan Harapan tahu benar akan kekuatan Mahathir dan kebolehan beliau membentuk gabungan baru di peringkat persekutuan dalam sekelip mata.
Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang juga tahu DAP bakal terkubur bersama Anwar buat selama-lamanya sekiranya Mahathir bertindak membentuk sebuah gabungan pentadbiran baru bersama sekumpulan 132-139 ahli parlimen.
Justeru, kedua-dua Guan Eng dan Kit Siang membuat keputusan untuk menjauhkan diri dari Anwar buat seketika dan menentang segala usaha memaksa Mahathir menetapkan tarikh peralihan kuasa.
Tindak tanduk mereka menyebabkan Anwar terasa begitu tertekan dan terpaksa berbaik-baik semula dengan Mahathir.
Ya, Anwar pada ketika ini sedang berada dalam keadaan amat terkejut. Beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa kedua-dua pemimpin tertinggi DAP yang selama ini “memuja-muja” dan “mendewa-dewakan” beliau boleh memihak kepada Mahathir.
Malangnya, keyataan beliau hari ini tidaklah sejujur mana, kerana jika benar Anwar ingin berbaik semula dengan Mahathir, beliau seharusnya mengaku bahawa kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan tidak pernah memasuki sebarang perjanjian yang menetapkan Mahahir perlu memberi laluan kepada Anwar dalam tempoh masa yang spesifik,
THE THIRD FORCE
