
محكمه تولق ڤرموهونن ڤميليك مليسياكيني بطل ڤروسيديڠ هينا محكمه
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan syarikat pengendali portal berita Malaysiakini dan ketua pengarangnya untuk membatalkan prosiding menghina mahkamah yang dimulakan terhadap mereka oleh Peguam Negara.
Ia berhubung komen lima pembaca dipaparkan dalam ruangan komen portal terbabit melalui artikel “CJ orders all courts to be fully operational from July 1” pada 9 Jun lalu, yang disifatkan amat teruk dan mengejutkan ditujukan kepada Badan Kehakiman.
Pada 17 Jun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) difailkan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap kedua-dua pemohon.
Ia membuat keputusan itu selepas mendapati Peguam Negara berjaya menimbulkan kes prima facie bagi tindakan menghina mahkamah.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan syarikat pengendali portal berita Malaysiakini dan ketua pengarangnya untuk membatalkan prosiding menghina mahkamah yang dimulakan terhadap mereka oleh Peguam Negara.
Ia berhubung komen lima pembaca dipaparkan dalam ruangan komen portal terbabit melalui artikel “CJ orders all courts to be fully operational from July 1” pada 9 Jun lalu, yang disifatkan amat teruk dan mengejutkan ditujukan kepada Badan Kehakiman.
Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Rohana Yusuf, sebulat suara menolak permohonan Mkini Dotcom Sdn Bhd dan Steven Gan selaku pemohon selepas mendengar hujahan Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan mewakili Peguam Negara dan Datuk Malik Imtiaz Sarwar bagi pihak pemohon.
Dalam penghakimannya, Rohana berkata, Mahkamah Persekutuan adalah forum yang betul untuk mendengar prosiding menghina mahkamah selepas melihat kepada sifat komen pembaca yang dipertikaikan itu.
Beliau berkata, komen berkenaan mengaitkan Badan Kehakiman secara keseluruhan, dan ia turut termasuk Ketua Hakim Negara.
“Kami akan mendengar merit permohonan Peguam Negara ini pada tarikh yang lain.
“Sementara kes ini didengar dan diputuskan mahkamah, kami dengan ini mengarahkan semua pihak untuk tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung kes bagi mengelakkan subjudis,” katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan 13 Julai ini untuk mendengar prosiding menghina mahkamah terbabit.
Turut bersidang, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed; Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim; dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh; Datuk Nallini Pathmanathan; Datuk Vernon Ong Lam Kiat; dan Datuk Abdul Rahman Sebli.
Pada 17 Jun lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) difailkan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap kedua-dua pemohon.
Ia membuat keputusan itu selepas mendapati Peguam Negara berjaya menimbulkan kes prima facie bagi tindakan menghina mahkamah.
Malaysiakini kemudian memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah kebenaran diperoleh Peguam Negara.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
