Mahkamah tetapkan 8 November keputusan lucut hak barang keluarga Najib, 13 pihak lain

Datin Seri Rosmah Mansor (kiri), Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan). Sumber (gambar): Fail TTF

محكمه تتڤكن 8 نوۏيمبر كڤوتوسن لوچوت حق بارڠ كلوارڬ نجيب، 13 ڤيهق لاين

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 8 November depan untuk keputusan kes lucut hak barangan berharga milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka serta 13 pihak lain yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas kesemua pihak bersetuju supaya mahkamah menetapkan tarikh dengan mengambil kira hujahan bertulis yang dihantar sebelum ini.

Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis pelucuthakan berhubung beratus-ratus item termasuk beg tangan berjenama dan 27 kenderaan yang dirampas daripada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta tiga anak pasangan itu, 13 individu dan syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd serta Hong Leong Bank Bhd turut dibekukan antara 16 Ogos 2018 dan 11 Mac 2019.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 8 November depan untuk keputusan kes lucut hak barangan berharga milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka serta 13 pihak lain yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas kesemua pihak bersetuju supaya mahkamah menetapkan tarikh dengan mengambil kira hujahan bertulis yang dihantar sebelum ini.




Mohamed Zaini berkata, ia memerlukan masa untuk menyediakan penghakiman bertulis.

“Saya perlukan dua bulan dan keputusan ditetapkan 8 November depan,” katanya.

BACA JUGA: ISMAIL SABRI, ZAHID WAJIB BERCUTI JIKA RCI DITUBUHKAN

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffrey Ong berkata, prosiding pada Isnin diteruskan dengan mahkamah menetapkan tarikh untuk keputusan kes.

Ini kerana katanya, semua pihak bersetuju bahawa mereka mengguna pakai hujahan bertulis tanpa perlu hujahan lisan.

Pada 8 Mei 2019, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis pelucuthakan berhubung beratus-ratus item termasuk beg tangan berjenama dan 27 kenderaan yang dirampas daripada Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta tiga anak pasangan itu, 13 individu dan syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd serta Hong Leong Bank Bhd turut dibekukan antara 16 Ogos 2018 dan 11 Mac 2019.

Sumber:

Loading...

WAJIB BACA:

Sudah berlaku campurtangan politik, Ismail Sabri, Zahid wajib bercuti jika RCI ditubuhkan



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...