محكمه دبريتاهو، هانترن فب سوامي كتوا حاكيم دبوات ڤد 2018، تيدق سبوت كيس سرچ
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Pasukan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak hanya memfailkan permohonan menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat empat tahun selepas hantaran Facebook ditulis oleh suaminya Zamani Ibrahim pada 11 Mei 2018.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, hantaran Facebook oleh suami Ketua Hakim Negara bahawa Najib Razak tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah sesuatu yang ketahui semua orang.
Akibatnya, ia bukanlah sesuatu yang menimbulkan konflik kepentingan apabila Tengku Maimun mengetuai panel hakim Mahkamah Persekutuan tahun lepas yang menolak rayuan Najib berkaitan kes SRC.
Sithambaram menegaskan bahawa hantaran FB berkenaan tidak menyebut SRC tetapi hanya 1MDB.

TONTON: SAYA TERKEJUT KERAJAAN ANWAR TIDAK UMUM PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN PEMBANGKANG
Sithambaram menegaskan bahawa hantaran FB berkenaan tidak menyebut SRC tetapi hanya 1MDB.
Dia menyatakan SRC dipindahkan dari 1MDB kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) pada Februari 2012, iaitu enam tahun sebelum hantaran FB berkenaan.
“Apa yang dinyatakan (dalam hantaran FB oleh Zamani Ibrahim) adalah sesuatu yang diketahui oleh setiap rakyat Malaysia, bahawa Najib kalah dalam pilihan raya, dan bahawa terdapat siasatan berterusan berhubung skandal 1MDB,” kata Sithambaram kepada panel yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli.
THE THIRD FORCE